UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Sebuah Perpisahan

sekian lama kita bersama,

akhirnya terpaksa berpisah jua,

sungguh berat hati ku rasa,

namun apa daya ku ada,

kesetiaanmu tiada tara,

setiap masa walau dimana,

suka dan duka tetap bersama,

empat tahun jangka buktinya,

dikau hadiah dari si dia,

menjadi lambang persahabatan kita,

picisan padamu bermakna padaku,

ku jaga ku tatang sehabis daya,

kejadian itu tidak ku duga,

apatah lagi mahu dicipta,

lantaran kita menjadi mangsa,

tetapi dikau terkorbankan nyawa,

pergimu ku hantar tanpa kata,

air mata mengalir ku tahan juga,

di tubir mata tertahan cuma,

menjerut rasa segenap jiwa,

gantinya si dia meneruskan jasa,

apakan daya ku perlukan juga,

bukan bermakna dikau ku lupa,

hakikat dikau tersemat didada,

kan ku kenang setiap jasa,

dari mula saat bersama,

gunung kenangan telah terbina,

tidakkan mampu dikau ku lupa,

salam sayang akhir kata,

ku hantar dengan sepenuh jiwa,

tidurlah dikau dengan lena,

duhai sayangku cermin mata :)

terkorban nyawanya
December 2017
M T W T F S S
« Nov    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

UmiAishah’s Comments