UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: November 2011

Pengorbanan di Raya Korban

 

Suka saya dahulukan entri kali ini dengan ucapan ‘salam aidil adha’ buat keluarga dan sahabat-sahabat. Raya yang sama dan insyallah ibrahnya berbeza setiap tahun buat semua dan tak lupa untuk empunya diri khususnya.

Pabila Aidil adha menjelang tiba, acap kali kita dengar mengenai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya diulang berkali-kali dan ramai diantara kita hanya menjadikan kisah ini sebagai halwa telinga semata. Tambah menyedihkan pabila ada sebilangan dari kita menjadikan kisah ini tak lebih sebagai fairy tale yang diulang-ulang kepada kanak-kanak.

Hakikatnya tidak ramai yang betul-betul mengambil ibrah dari kisah tersebut. Kisah ini begitu jelas diceritakan didalam surah As-Soffat dari ayat 100-110 dan ia menggambarkan pengorbanan seorang bapa dan puteranya yang terpaksa berkorban nyawa dan kasih sayang demi cinta mereka kepada Allah dan sebagai manusia biasa, perintah untuk menyembelih dan mengorbankan anak sendiri merupakan satu perintah yang sangat berat untuk ditunaikan.

 

Ibrahku tahun ini 

Sementelah saya baru dikurniakan cahaya mata pada 25 Ogos lalu membuatkan ibrah aidil adha tahun ini lebih bermakna. Point yang sama seperti kisah diatas tetapi isinya berbeza.

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan begitu pantas dan hampir tidaak sedar umur ain sekarang 2 bulan 1 minggu 5 hari. Rasanya bagai semalam saya lalui saat-saat yang menggetirkan itu. Sungguh pengalaman bersalin dan berpantang diluar negara bukanlah satu perkara yang mudah untuk diharungi apatah lagi buat ibu bapa yang baru seperti kami.

Detik-detik yang saya lalui kini penuh cabaran ,dugaan dan penuh warna- warni yang kadang indah dipandang tetapi tidak dinafikan juga kadang tidak seindah yang dibayangkan. Apatah lagi ketika terpaksa melayan kerenah si kecil yang meragam dan menangis tidak tahu apa puncanya ketika badan keletihan dek kerja seharian tetapi itulah yang dinamakan pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya.

Kesabaran adalah salah satu ujian yang sangat berat yang terpaksa ditempuhi oleh ibu bapa terutama ketika berhadapan dengan tangisan anak-anak sewaktu keletihan dan badan memerlukan rehat. Maka tidak hairanlah andai kita dengar kisah bayi mati ditekup bantal oleh ibu bapa sendiri. Semua itu terjadi kerana hilangnya kesabaran dalam diri lalu menghakis pertimbangan diri.

Tetapi Allah itu maha Hebat dalam percaturaNYA. Dijadikan anak itu fitrahnya bersih dan memandang serta melihatnya mendatangkan damai dihati kepada sesiapa yang manatapnya. Serta disulami pula dengan fitrah kasih sayang pada ibu bapanya dan menjadikan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak mereka.

Itulah yang saya dan suami lalui sekarang ini, tak dinafikan bukan mudah untuk sabar dan tabah dalam membesar dan mendidik anak-anak, dan disebabkan itulah islam menyarankan anak-anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa mereka sebagai balasan kepada pengorbanan yang telah ibu bapa kita korbankan demi membesarkan kita semua.Sekali lagi terkagum dengan kekuasaanNYA. Diciptakan senyuman dan tawa anak-anak sebagai pengubat kepada penat lelah ibu bapa.

Sebelum kak long mengakhiri nukilan kali ini, suka untuk saya simpulkan dan kongsikan ibrah kami sekeluarga tahun ini adalah pengorbanan ibu bapa kita semua dalam mendidik dan membesarkan kita semua dan sayangilah mereka selagi mereka disisi kita.

Salam Aidil Adha buat semua

 

p/s : entri tak boleh panjang-panjang mulai sekarang sebab ain selalu cemburu bila uminya depan laptop. he3..chill up!! sampai sini dulu ye..ain dah nangis..bye2

November 2011
M T W T F S S
« Jun   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

UmiAishah’s Comments