UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Hip Hip Hoorey…

hi semua^^

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Hip Hip Hoorey. tulah suara jeritan kak long pagi hari ini. he3. Camat datang ke blog baru kak long, comel x? hehe. of course la comel, secomel tuan miliknya, aceh perasan. Hari ini kak long gembira sangat-sangat, setelah beberapa hari memenatkan dan meletihkan badan, mata dan kepala, akhirnya kepenatan dan keletihan yang kak long korbankan membuahkan hasil yang sangat memuaskan hati. tu yang sampai hip hip hoorey tu.

Pape pun, Alhamdulillah kak long panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan urusan kak long dan bang long. Pada tanggal 19 Jun 2011, akhirnya kak long telah berjaya menyiapkan wajah baru blog kak long setelah blog bang long aktif beberapa hari sebelumnya iaitu pada tanggal 14 Jun 2011 (ceh tarikh cantik tu, sama dengan tarikh kawin cuma bulan berbeza, he3).

” mak aih. dah macam baca buku sejarah da. Apa punya skema ayat jadinya. Takpe2 amik mood dulu, enjin baru nak panas ni.”

Ok2 sambung cerita.

Sebenarnya setelah beberapa bulan kami bersabar melayan kerenah ‘blogspot’ yang semakin hari semakin mengakis kesabaran, dari besar bawang hinggalah menjadi kulit bawang, hu3, akhirnya kami nekad membuat keputusan untuk beralih domain. Kini hati kak long lega. Masakan tidak, sepanjang cuti kak long, banyak cerita yang kak long ingin kongsikan dengan  sahabat-sahabat,  tetapi acap kali itu jugalah ‘blogspot’ gagal diacsess, seterusnya mematikan mood kak long untuk menulis.

Tambahan pula usia kandungan kak long pula semakin hari semakin meningkat membuatkan kak long semakin sukar untuk berjaga sepanjang malam semata-mata mahu  meng’update‘ blog kak long. Terkadang cemburu juga pada bang long yang punya kekuatan menunggu hingga jam 3 pagi semata-mata mahu meng’update‘ blog kesayangannya sedangkan kak long dah pun terlena disisinya. he3, (siap mimpi pegi negara cina lagi, hu3)

Tapi kini kak long sangat-sangat berharap agar masalah kami berjaya diselesaikan. Seterusnya membolehkan kak long giat meng’update‘ perkembangan kak long bermula pada hari ini. Semoga usaha kecil ini dinilai disisiNYA insyallah. Disamping itu juga kak long memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat yang menanti perkembangan kak long dan kak long dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana masih sudi menautkan hati kalian bersama kak long. Sungguh kak long terharu. Insyallah kak long akan kembali serius dalam mencoret didinding blog ini.

Semoga dimudahkan hendaknya..amin

 

Sekian dulu,

Salam sayang dan kasih,

Kak long ,

19.6.11, 10:50 am  waktu Jordan

3 Responses to Hip Hip Hoorey…

  • izzah says:

    tahniah..k.aisyah..smg Allah terus kuatkn n terus istiqamah..aminn..x sbr nk dgr cerita2 atau penglmn dr umi..n x sbr nk tgk baby bru…anak jordan..hehe…^^

    • UmiAishah says:

      mekaseh izzah..amin..doakan akk trus thabat dijalanNYA dan istiqomah dalam usaha dakwah yang kecil ini..

      story onproses k..nant akk upload utk izzah..miss u dear

  • hati_ARIA says:

    Masya Allah, it’s so nice & cute. Love it :) Simple dan cun seperti yang empunya rumah ^^ Teruskan memberi. Semoga Allah redha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

June 2011
M T W T F S S
« Apr   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

UmiAishah’s Comments