UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Detik manis yang ku lalui

Bismillahirrahmanirrahim

Terasa lama tak melakar apa-apa di ruangan ni. Sunyinya blog kak long sesunyi suasana Irbid kala ini. Ramai sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia dan tak kurang juga yang merantau entah ke mana meneroka alam ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Cuti masih berbaki 10 hari sebelum sesi pembelajaran dibuka semula. Tapi tak pada kak long, kak long cuti selama 3 bulan bukan kerana pulang ke Malaysia seperti kebanyakkan sahabat-sahabat yang lain, tapi cuti menunggu saat kelahiran si kecil ni.

Terkadang terasa bagai tak sabar, takut, resah, gelisah, dan tak kurang juga dengan keterujaan pabila melihat barang-barang baby apatah lagi keseronokan dan kegembiraan saat membuat persiapan menyambut si kecil ni. Semuanya bagai bergabung menjadi satu.

Kak long terasa ingin berkongsi segala pahit manis dan liku-liku yang kak long hadapi semasa preggy ni bersama sahabat-sahabat semua. Bukan niat nak show off ke apa tapi ingin berkongsi rasa dan pengalaman yang sangat indah ni, disamping berkongsi ibrah yang kak long dapat sepanjang tempoh ni.

Ibu mengandung sangat sinonim dengan alahan dan kesusahan khususnya bakal ibu yang menyandang title pelajar seperti kak long, tapi pada kak long segalanya menjadi indah pabila disoroti dengan mata hati dan keimanan, dan pada kak long juga saat preggy ni la kak long banyak mengenal erti kesusahan, ketabahan serta kesabaran seorang ibu dan ia membuatkan kak long sangat-sangat menghargai para ibu terutama mak kak long sendiri. Rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

Saat-saat yang menggembirakan.

Hari ini kandungan kak long genap 28 minggu bersamaan 7 bulan, dua trimester dah berjaya kak long tempuhi, kini hanya tinggal trimester terakhir. Sangat cepat masa berlalu, sampaikan kak long sendiri tak percaya. betul ke? he3..percaya atau tidak, kena percaya jugak la.Rasa tak sabar pun ada, he3, tambah-tambah bila tengok gambar baby sahabat-sahabat yang lain, tu belum lagi tengok baby arab yang cute-cute, membuatkan kak long makin tak sabar menunggu saat itu tiba. Terkadang terlintas di fikiran bagaimana la rupa cayang umi. (ops..terlepas sudah. tulah panggilan yang sering kak long guna semasa berinteraksi dengan si kecil kak long buat masa ni)

Terlalu banyak saat indah yang kak long lalui sekarang ni. Betullah kata orang tua-tua, anak tu penyeri rumahtangga. Ni belum keluar lagi dah menyerikan umi dan abi. Semoga bila cayang umi lahir nanti, semakin menyerikan hidup umi dan abi ye. amin

Saat-saat yang kak long rasa sangat menerujakan bila terasa baby bermain dengan penuh girangnya. he2, pandai-pandai je kak long ni kan, mana tau baby main ke tak, kan dalam perut, mana nampak. he3..kak long agak-agak je. Makin banyak tendang makin seronok la agaknya.Tambah-tambah bila cayang umi main ngan abinya, seronok tak terkata. Seolah-olah dia mengerti apa abinya nak sampaikan, dan tambah menggembirakan bila dia respon setiap kata-kata abinya dengan tendangan yang bukan perlahan. super duper kick la kata orang. Terkadang lucu juga bila difikirkan, seolah-olah mereka betul-betul berbual dan berkongsi cerita.

Tapi saat yang paling menggembirakan kak long pabila waktu kak long berdiskusi bersama bang long, dia menendang-menendang seolah-olah nak turut serta dalam perbincangan. Tak kurang juga pabila kak long solat jemaah bersama bang long, kak long dapat rasa tendangan baby semakin aktif jika dibandingkan dengan solat sendirian. Pengalaman ni la yang membuatkan kak long sangat-sangat gembira melalui saat-saat preggy ni.

Kesimpulannya

Maha Suci Allah. Semua kenangan yang kak long lalui mengingatkan kak long pada kekuasaan dan kehebatan Allah dalam mencipta kita semua. Sukar untuk ditafsirkan dengan akal semata bukan. Masakan tidak, apa yang kak long lalui sekarang ni, tak pernah kak long fikirkan sewaktu bujang dulu, dan tak tergambar pun di fikiran betapa besarnya kehebatan Allah dalam mencipta sesuatu. Tambahan pula dengan keunikan-keunikan yang ditonjolkan baby sewaktu tempoh kehamilan.

Ia membuatkan kak long semakin kagum dengan kekuasaan Allah dan semoga ia menambah keimanan kita semua hendaknya. amin.

Sekian

Coretan hati : kak long

14:47 waktu Jordan

 

 


 

 

 

3 Responses to Detik manis yang ku lalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

June 2011
M T W T F S S
« Apr   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

UmiAishah’s Comments