UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Ujian Di Sebalik Braxton Hicks

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Masuk minggu ni, kandungan saya berusia 31 minggu. wa..pantasnya masa berlalu! Hanya tinggal 9 minggu je lagi saat-saat yang ditunggu akan tiba. Bila perasaan semangat tu datang, rasa semakin tak sabar pula nak tunggu bulan 8, tapi bila perasaan takut yang datang, alamak! Paham-pahamlah sendiri ek. he3

Ramai sahabat-sahabat saya kerap datang berjumpa dan bertanya apa yang saya rasa bila dah sarat macam ni, tak kurang juga ada yang bertanya melalui email dan sms. Saya ucapkan terima kasih banyak2 atas keperihatinan kalian. Hu2, terharu punya sahabat sebaik kalian.^^

Dalam entri kali ini, saya terasa ingin berkongsi salah satu pengalaman yang dilalui sepanjang 31 minggu ni serta serba sikit pengetahuan hasil pembacaan dengan sahabat-sahabat sekalian terutama bakal-bakal ibu. Saya doakan keselamatan, kesabaran dan ketabahan buat kalian.

Bila mengandung ni, banyaklah rungutan dan alahan yang sering kita dengar dari bakal-bakal ibu, dan saya juga begitu. Dua minggu ni saya dah mula rasa kontraksi “braxton’s hicks” (BH), dan semakin hari semakin kerap dan semakin sakit. Pada sahabat-sahabat yang belum penah dengar tentang BH ni, nanti saya ceritakan serba sikit.

 

Braxton’s Hicks (BH)

Braxton’s Hicks atau nama popular bagi orang melayu adalah ”kekejangan perut” atau ”kontraksi”. Ia merupakan salah satu tanda kehamilan yang kerap berlaku pada bakal ibu pabila usia kandungannya semakin meningkat terutama ketika di trimester ketiga.

Mesti sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana rasanya apabila BH ni terjadi. Nak tau ke? Ok2, saya cuba cerita serba sikit. Bukan niat nak takut-takutkan ke ape, hanya sekadar berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat yang masih bujang dan sebagai persediaan awal buat bakal ibu. Sama-sama kita berkongsi.

Sesetengah bakal ibu tak merasai BH ni, dan sesetengahnya pula dapat merasainya seawal minggu ke 30 dan pada bakal ibu seperti saya pula sepatutnya rasa bertuah dapat merasainya, (walaupun sakit..adui) kerana hikmah disebalik sakit BH ni terlalu banyak.

Semasa BH ni terjadi, perut menjadi tegang dan keras dan kadang-kadang ia menyakitkan dari tengah perut hingga ke ari-ari dan kadang-kadang ia disusuli dengan kekejangan kaki dan sakit dibahagian pinggang. Itu lah yang kerap saya rasai sejak 4 hari lalu.

Biasanya BH ni akan dirasai apabila bayi bergerak aktif, ketika mengangkat berat, mengurut perut atau ”dehidrasi” ( kurang air dalam badan ). Kalau saya, paling kerap terasa ketika baby bergerak aktif. Kadang-kadang tu, perut dah keras pun masih rasa baby tendang dan bergerak,. Alhamdulillah baby saya semakin aktif saban hari dan senang kata setiap jam pasti akan terasa pergerakannya.^^

 

Hikmah Di Sebalik Braxton’s Hicks (BH)

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan, itu kita semua dah sedia maklum. Begitu jugalah dengan hikmah disebalik kesakitan BH ni. Ia adalah latihan awal sebelum saat kelahiran tiba. Kebiasaannya orang tua-tua akan cakap ” alah bisa tegal biasa”. Saya setuju sangat-sangat dengan ungkapan tersebut.

Disamping itu juga, BH ini membantu melembutkan serviks dan memudahkan ‘pembukaan’ semasa proses kelahiran nanti. Itulah hikmah yang Allah sediakan pada bakal-bakal ibu seperti kita. Oleh sebab itu, janganlah asyik mengeluh dan merungut ketika BH ini terjadi tetapi saya sarankan amalkanlah beberapa tips di bawah ni bagi mengekalkan keselesaan dan mengurangkan kesakitan.

 

Tips Untuk Menambah keselesaan dan Mengurangkan Kesakitan :

Tips ini ada yang saya perolehi hasil pembacaan dan ada yang disarankan oleh ibu saya sendiri. Terpulanglah pada sahabat-sahabat mahu lakukan yang mana mengikut keselesaan kalian.

1- Ubah posisi sekiranya kalian rasa Braxton’s Hicks akan datang.

2- Rehat lebih lama, minum air masak dan baring mengiring ke sebelah kiri.

3- Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia akan menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan kontraksi BH.

4- Buang air kecil dengan kerap kerana ia akan mengelakkan kontraksi berlaku.

5- Amalkan teknik pernafasan dengan menarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tempoh menarik nafas pula mestilah lebih pendek daripada hembus. Ia akan menambahkan keselesaan pada kalian.

Pada saya pula, saya amalkan tips ketiga, keempat dan kelima sekaligus sambil diikuti dengan selawat didalam hati. Alhamdulillah cara tu berkesan untuk mengurangkan rasa sakit BH.

 

Akhir kalam

Begitulah yang saya rasai sejak dua minggu kebelakangan ni, dan harapnya entri ini dapat membantu bakal-bakal ibu dalam menghadapi waktu2 tersebut. Saya juga membutuhkan doa dari sahabat-sahabat semua agar tetap tabah dalam mengharungi saat-saat akhir ni.

 

Sekian dahulu,

Salam sayang dan kasih,

26/6/2011, 9:51 PM waktu Jordan

7 Responses to Ujian Di Sebalik Braxton Hicks

  • hati_ARIA says:

    Semoga diberikan kekuatan serta kesihatan kepada kak long & baby.

    Masih mampu menyedahkan senyuman walau dihatimu tak mampu bertahan.

    Ramadhan Kareem diucapkan Kak Long & family :)

    Allahumma taqobbal siaamana..

  • Ummi Hanie says:

    Salam ziarah ,

    seronok bertemu ‘rakan seperjuangan’ ni ..maksud sy,sama2 preggy …
    tapi sy due bulan 11 nnti …

    mmg xsabar nk jumpe si kecil tu …

    semoga selamat semuanya ya ..

  • azie says:

    wahhhh! gtu ke kak long. scarynye….! tp at same time tak sabo nak pregnant gak. tapi sy belom kawen lagi!!!!!! Hohohohohoo

    • UmiAishah says:

      wa azi..sabar ye..go step by step la ye..
      kawin dlu baru leh pregnant..
      sungguh satu pengalaman yang menyeronokkan

  • har lina says:

    Asslammualaikum…sya sedang search2 tentang BH ni coz sya skrg sedang mengalaminya n now kandungan sya 30 minggu. Alhamdulillah bila baca penulisan sis tentang BH ni yg mmg sama dgn yg saya alami skrg rsa terharu dn bersyukur sngt…terus hilang sume rasa risau, rasa xselesa dn segala mcm rasa…thanks alo ats perkongsian ini yer sis….

    • UmiAishah says:

      welcome..moga lina terus tabah dalam hadapi saat sukar ni ye..penguatnye adalah kekuatan dalaman seorang ibu..dan bayangan keletah sicomel nanti..moga2 allah berikan baby yang comel serta soleh solehah hendaknye..amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

June 2011
M T W T F S S
« Apr   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

UmiAishah’s Comments