UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: April 2011

study..oo study..

By : NurShah

Ramai sahabat2 kak long hairan..lama kak long menyepi..tambah pula bila dibanding dengan cik abang yang semakin aktif mewarnai dunia blog..kak long plak da macam biskut chipsmore..kejap timbul..kejap tenggelam..jangan lemas sudah..

sebenarnya kak long rindu nak mencoret something utk sahabat2..tapi halangan demi halangan menghalang kak long..so..2 la semakin sepi kak long ni..buat sahabat2 yang tertanya2 perkembangan kak long..kak long mohon maaf ye..

esok baby kak long genap 5 bulan..so far kak long ok..alhamdulillah sihat..baby pun sihat insyallah..semakin aktif gerak2..hehe..kadang2 terkejut umi dibuatnya..cume abinya je belum sempat merasa..sabar ye abi..baby lum kuat nk tendang kuat2..umi je rasa..

mesti kalian teruja kan kalau ditempat kak long..seronok2..cmenya..biasanya orang tua2 cakap..mengandung ni banyak dugaannya..dulu kak long xpaham..yela..nak paham mcm mne..xngandung lagi..ha sekarang baru paham..

dua bulan lepas..

bermula dengan dua bulan lepas..kak long diuji dengan masalah kesihatan..maklum lah..orang cakap trimester pertama..alahan 2 biasa la pada ibu mengandung..cumenya alhamdulillah kak long tak teruk muntah2..cume pening2, loya n tak selera makan..2 je..

pas2 bila kandungan kak long masuk usia 3 bulan..alahan semakin berkurang utk tempoh 2 minggu..selera kak long pun dah stabil alhamdulillah..tapi bila kandungan kak long menjangkau usia 3 bulan 2 minggu..kak long dah mula fatrah exam..n start 2 la kak long rasa ujian makin berat buat kak long..kalah ujian alahan wak2 trimester pertama yang baru kak long tempuhi..

kak long dah pernah cerita mcm mne keadaan kak long wak2 wat preparation exam..sampai muntah2 baca buku..tak pernah kak long rasa tertekan macam 2 seumur hidup kak long..tempoh exam selama 3 minggu..then kak long memang lega sangat2..

bila baby kak long masuk 4 bulan 2 minggu..Allah beri kak long ujian lagi..tiba lah masanya minggu utk dapat markah exam..punya dasyat..markah memang gempak tahap maksimum..kak long memang tak sangka sangat2..sampai menangis bengkak2 mata..huhu..kalau dah menangis2 2..pikir2 la sendiri ye markah kak long macam mne..

akhirnya baby usia 5 bulan..

dalam kak long berduka n nangis 2..kak long asik pikir diri sendiri je waktu 2..kak long terlupa pesan orang tua2..semua tingkah laku ibu bapa sewaktu mengandung akan effect pada baby..kak long tak ingat langsung..maafkan umi ye sayang..cian baby..jdi mangsa plak..jgn ikut perangai umi ye..baby kene ikut abi..kene kuat semangat macam abi..k sayang..(aceh..terkeluar topik plak..sambung balik..)

kak long pun tak tau kenapa kak long jadi mcm 2..emosi susah sangat2 nak kawal waktu 2..bila sedih 2..sedih yang teramat sangat..sampai bengkak mata..kata2 semangat suami bagai langsung tak beri kesan pada kak long..

sampai la satu malam suami kak long terpaksa jgak bagi tasji’ (kata2 motivasi)..mungkin sebab dah penat nak pujuk kak long atau mungkin sebab dah tak sanggup nak tengok kak long sedih macam 2..sampai sakit2 kak long dibuatnya..kak long demam, muntah2 n tak selera makan..dasyatkan..

tapi kata2 suami kak long betul2 memberi kesan pada hati kak long n kak long anggap 2la teguran yang paling tajam yang pernah kak long dengar dari suami kak long sejak kami bersama..bagai panah yang laju menusuk sasaran..ibarat peluru berpandu yang laju mengejar targetnya..ha..boleh bayang x..? huhu..tapi kak long bersyukur..asbab dari kata2 2..kak long sedar n belajar banyak benda..terima kasih abang..

masih jelas kata2nya malam 2..mungkin sebab dah kenal isterinya so..dibaginya soalan objektif untuk dijawab oleh hati kak long..huhu..so jawapannya pun dalam hati jugak la..cme air mata menjadi bukti kak long tengah jawab soalan..huhu..soalannya berbunyi..jeng jeng jeng…

kita ni belajar utk ape sebenarnya..?untuk ilmu atau utk exam..

kita belajar untuk sape?ikhlas kerana Allah atau sebab nk sijil je..

Allah nak menilai apa sebenarnya..?usaha kita atau natijah yang kita dapat..

setiap perkara yang berlaku dengan izin Allah ke tak..?so markah kita tinggi atau rendah sape yang tentukan…

kalau markah rendah ape tandanya..?kita ni tak pandai atau Allah nak uji tahap redha kita akan musibah yang Allah bagi..

kalau markah tinggi pulak ape tandanya..?kita ni pandai atau sebenarnya 2 nikmat Allah..

ha..banyak lagi sebenarnya..lebih kurang 25 soalan gak la..lebih kurang mcm peperiksaan jamiah jgak la..huhu..sori abang..bergurau je..tapi 6 soalan ni dah cukup menghentam hati kak long..untuk apa kesedihan ni sebenarnya..? untuk apa air mata ni sebenarnya..

untuk kesekian kalinya kak long menangis lagi malam 2..tapi bukan kerana sebab yang sama..air mata kak long malam 2 adalah semata2 sebab perasaan berdosa pada Yang Maha Esa..berdosa kerana merasa tak patut diuji seperti i2..kak long rasa kerdil sangat..sebab keegoan sebelum ni yang merasa tak patut dapat markah mcam 2..hebat sangatkah kak long sebagai hamba..? semuanya bagai bersatu..Ya Allah..ampunkan hambamu yang dhaif ini..

natijahnya..

kak long tahu bukan kak long sorang yang diuji mcm ni..ramai lagi sahabat2 yang senasib dengan kak long..nasihat kak long..tanya lah soalan2 diatas pada hati kalian..nescaya hati kalian kan tenang insyallah..

dan nasihat yang kedua dari kak long..n nasihat untuk diri kak long jgak..ukurlah baju di badan sendiri..kalau badan pakai saiz M..jgan pula kita pakai baju saiz S..azab la jawabnya..jadi..usaha boleh..asalkan jgn sampai memudharatkan diri..usahalah semampu yang boleh..selebihnya tawakal dan serahlah pada Yang Maha Esa..

nasihat ke3..nasihat ni adalah nasihat mak abah kak long..tapi kak long suka nak kongsi pada sahabat2..disamping kita tingkatkan usaha kita..jangan dilupa pergantungan kita pada Ilahi..tingkatkanlah juga hubungan kita denganNYA..mohon taubat n hajat banyak2..moga dimudahkan untuk memahami pelajaran yang dibelajar..n ingatlah ilmu i2 cahaya dan cahaya sukar masuk pada hati yang banyak dosa..

akhir kalam..

salam juang dari kak long

April 2011
M T W T F S S
« Mar   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

UmiAishah’s Comments