UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

niqobgirls..macam2 ragam

By : Nurshah

semalam kak long dan dua sahabat kak long bercerita topik yang sedang hangat diceritakan oleh student2 di Jordan ni. ha mesti dah boleh agak tajuk apa. kalau boleh teka tu memang hebat la. maknanya sahabat2 kak long ni amik berat dengan keadaaan di Jordan ni.

bukan pasal rusuhan la. tapi pasal KARISMA yang baru abis semalam. ha..tak sangka kan mantiqoh Irbid juara keseluruhan. tahniah2. syabas jugak pada semua atlit2 yang bersungguh2 mengharumkan nama mantiqoh masing2. tak lupa juga pada ajk2 yang bertungkus lumus siang malam untuk menjayakan program ni. sampai ada yang luka2. sangat dasyat perngorbanan kalian..moga Allah membalasnya.berbalik pada topik asal. cerita punya cerita. dari bab tender masakan, pastu berpindah plak ke perlawanan2, then sampai la ke satu topik yang agak menarik pada kak long dan kak long suka nak berkongsi dengan sahabat2. masih teringat kata2 kawan kak long 2.

”kak long tau tak..budak mantiqoh tu main ganas sangat, dah tu cakap punya la kasar..mencarut semua ada..macam bukan budak belajar agama tau, sekali tengok yang naik pentas amik hadiah..pakai purdah semuanya..gile terkejut..”

lebih kurang macam tu la ayatnya setelah kak long pendekkan, kak long tak terkejut bila mendengar kata2 kawan kak long tu. cumanya yang terlintas di hati kak long kala itu, kesian pada kawan kak long ni tak pasal2 muncul satu tanggapan negatif pada orang yang pakai purdah.

tapi kak long tak salahkan kawan kak long tu, kalau kak long ditempat dia pun kak long akan cakap macam tu, yela orang berpurdah tak sepatutnya cakap macam tu. betul tak?sepatutnya orang berpurdah tu memberikan contoh yang terbaik bukan sebaliknya.

berbalik pada persoalan yang timbul. kenapa orang pakai purdah tak jaga pertuturan? langsung tak melambangkan akhlak yang sepatutnya? jawapannya mudah, ada apa dengan purdah..? sama je macam baju, hanya pakaian betul tak. bukan purdah yang menjadi salah utama. tapi yang salahnya adalah akhlak sipemakai.

*******

pada niqobgirls macam kak long. tahniah kak long ucapkan pada kalian. yela bukan mudah untuk seorang perempuan membuat keputusan memakai purdah. kak long bukan nak bercerita tentang hukum pemakaian purdah dalam entri kali ini. kak long anggap kita semua dah jelas dengan hukum pemakaiannya. betul tak..? pada sahabat2 yang masih samar2 mengenai hukum pemakaian purdah, kak long akan post pada entri yang akan datang insyallah.

apa yang ingin kak long ceritakan pada entri kali ini adalah hubungkait antara purdah dan akhlak. seharusnya kita dahulukan akhlak kita sebagai seorang muslimah. perbaiki akhlak sebaik mungkin. tonjolkan akhlak yang terbaik agar ia menjadi contoh pada orang sekeliling.

pembentukkan akhlak yang baik bukan setakat perlu belajar dalam kelas je, tetapi lebih kepada praktikal. sejauh mana kita mampu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita, itu yang susah. kita semua tahu akhlak yang baik itu melambangkan keimanan kita betul tak. dengan akhlak yang baik itu jugalah kita mampu menjaga hubungan baik kita sesama manusia.

berbalik kepada pemakaian purdah pula. tak salah andai kalian mahu memakai purdah. malah kak long galakkan. tapi harus diingat bahawa pemakaian purdah harus seiring dengan akhlak kita.pada kak long lebih baik tak pakai purdah tapi punya akhlak yang baik yang memberi contoh kepada orang sekeliling.

lagipun niat kita memakai purdah pun untuk menjaga diri kita dari segala fitnah, begitu juga dengan akhlak. akhlak yang baik juga merupakan perisai yang sama. so kalau pakai purdah tapi tak dapat menjaga ahklak yang baik, so pada kak long apa la gunanya pakai purdah. yang lebih dituntut itu akhlaknya..selesai bab akhlak then barulah pakai purdah. betul tak?

bukankah andai kalian memakai purdah tapi tidak menjaga akhlak dan pertuturan kalian, ia tetap menjadi fitnah buat kalian? sayanglah kalau itu yang terjadi. malah lebih teruk lagi kalian menjadi perosak imej niqobgirls yang lain yang mana lebih baik dari kalian, yang punya akhlak terpuji dan imej muslimah sejati. malanglah kalau itu yang terjadi, betul tak?

********

so kesimpulan yang kak long ingin sampaikan pada entri kali ini adalah pemakaian purdah harus seiring dengan pembentukkan akhlak dan sahsiah kita sebagai seorang muslimah. kerana bila kita tekad untuk memakai purdah, kita umpama menjadi model2 dalam agama. seharusnya kita tonjolkan imej yang terbaik seirirng dengan tuntutan syara’.

jangan kerana sikap kita, akhlak kita, menjadi perosak imej orang lain. bahasa yang lebih mudahnya. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

yang kedua adalah nasihat pada sahabat2 yang punya tanggapan buruk pada niqobgirls. janganlah dihukum pada purdah tapi hukumlah pada akhlak si pemakai purdah. purdah tidak salah sama sekali. kak long bukan menyalahkan kalian andai kalian berprasangka macam tu. cumanya kak long ingin membetulkan salah faham yang timbul sebenarnya. kerana kak long sayangkan kalian dan kak long juga sayangkan niqobgirls.

salam sayang dari kak long,

sekian

7 Responses to niqobgirls..macam2 ragam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

April 2011
M T W T F S S
« Mar   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

UmiAishah’s Comments