UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: March 2011

terlajak masa binasa jawabnya

by : NurShah

Apa la nak jadi ngan diary kak long ni..adui la..bukan setakat da bersawang da ha..anak labah-labah pun dah membesar dengan sihat agaknya..sama la dengan si kecik yang kat dalam ni ha..ceh..nak jugak mention 2..nak buat mcm mane..sifat seorang ibu la katakan..

sedar tak sedar lebih sebulan kak long tak post entri baru..amat2 la jeles yang melampau melihat suami tercinta asik la meng’update’ blog kesayangannya 2..tinggallah kak long terkapai2..bukannya apa..just kesihatan yang kerap terganggu..alahan pun baru je reda sejak baby 3 bulan lbih..lebih kurang 3 atau 4 minggu lepas..

bila idea dah ada..tibe2 pulak tarikh ujian satu persatu memunculkan dirinya..bila difikirkan balik..seronoknya la jadi student2 yang amik syariah..tarikh exam dah ditetapkan sejak kelas pertama lagi..tak macam kami student2 bahasa arab..lumrahnya exam kami akan diketahui tak sampai pun seminggu..

******

kejutan budaya

sejujurnya kak long terkejut sebenarnya dengan cara study dekat jamiah ni..tambah2 pulak jadual exam yang sangat2 la memeranjatkan..segalanya berbeza dengan sistem pembelajaran di malaysia..

amat la seronok bila tiba2 doktor tanya..”bila kamu nak exam..lusa atau kelas berikutnya..?”maunya tak terbeliak mata ni ha..? punya dasyat..pas2 bila student2 bising terkejut..n tak sempat lagi bagi jawapan dek kerana tak sempat nk fikir..so dengan selamba je doktor berkata dengan selambanya ” ok..periksa minggu depan..”bermakna 4 hari dari sekarang..

so ape lagi kak long pun menjerit la sekuat2 nya tapi dalam hati je la..”oh noooooo….” ditambah pulak kak long ni memang jenis tak leh study last minit..dah 2 sampai je umah..dengan perasaan panic..mula la dengan gaya wak2 bujang..nak meloncat2 kerana panic tapi teringat pulak ada sikecil ni..so kne duk diam2..

so apa yang kak long buat lepas 2..adalah pergi ke kalender..hajat nak tulis tarikh exam..ceh bajet cam bagus la tu..tak depun..sebenarnya dah memang tabiat mencatat hari2 penting supaya tak lupa..bila diteliti elok2..terasa macam ada yang tak kene dengan tarikh2 ni..apa yang tak kene ek..berkurang ke hari dalam sebulan..la..bila tengok2…baru perasan ada 3 exam dalam satu minggu..

wa..agak2 ape reaksi kak long..? dapat agak x..? hehe..dah la tadi tak dapat nak melompat..tapi ni disebabkan panic yang tahap hyper la orang kata..atau nak lebih gimik lagi..orang panggil panic gila tahap melampau..so dengan selambanya dan terlupa si kecik ni..kak long pun melompat bagai orang tak ingat dunia..bila penat baru teringat eh..termeloncat pulak..

mesti ramai yang agak pelik bila dengar kan..eh silap..baca..mustahil la boleh dengar..ape da..tapi nak buat macam mana..inilah antara tabiat pelik manusia..so terpaksa la kak long terima dengan hati yang terbuka..huhu

*******

strategi, halangan dan dugaan

 

dipendekkan cerita..kak long pun terus la mengatur strategi..baca buku tak berhenti..ceh tipu la 2..berhenti utk makan,solat n tido je..n jihad yang paling melampau adalah..SAY NO TO INTERNET…wo..sakit 2..laptop 2 bagai memanggil2 tau..tapi sebab takut punya pasal..kak long berjaya jugak buat..so tempoh perceraian kami genap lah selama dua minggu..akhirnya hari ini kami rujuk kembali..

then dalam tempoh kak long fokus study..n punya la fokus melampau2..buat pertama kalinya dalam hidup kak long..baca buku sampai termuntah..mesti korang tak leh percaya..tapi 2 la hakikatnya..maybe sebab kak long pregnant pun ye jugak..letihnya tak tahu nak cerita macam mana..hanya Allah je yang tahu..ditambah plak tido tak ckup..memang patut la sampai termuntah..plus dengan stress lagi..adui la..

******

akhirnya…


tapi itu semua adalah dugaan dan halangan waktu menjelang musim exam..itulah jihad yang perlu kak long taburkan utk pelajaran kak long n kak long pasti kawan2 kak long pun sama..cume apa yang kak long pelajari dari musim exam kali ini adalah..”terlajak perahu boleh diundur..terlajak masa binasa la jawabnya..”

bak sabda nabi pada umatnya..” ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati..”

tapi dah nama pun hakikat manusia ni selalu lupa..termasuk la kak long ni ha..lupa belajar bila masa lapang..ha..ni la jawabnya..so pada sahabat2 yang sama2 masih berjuang dengan mata pena..ambillah iktibar dari kisah kak long ni ye..

salam ukhwah dari kak long

March 2011
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

UmiAishah’s Comments