UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: February 2011

Valentine Pada Saya

Hari ini merupakan hari yang sangat2 saya tunggu..bahkan saya menunggu seawal bulan februari lagi..menunggu dan terus menunggu dengan debaran yang masih sama seperti tahun lalu..

ye..pastinya saya menunggu ketibaan hari kekasih atau lebih glamournya dengan panggilan Valentine’s Day..ye..hari untuk menunjukkan rasa cinta kepada kekasih hati..begitulah definisi anak muda kini..

saya juga begitu..bezanyasaya kan meraikannya dengan redha yang maha Esa..ye..hari ini genap setahun usia pernikahan kami..dan saya sangat2 bersyukur atas segala nikmat dan kebahgiaan yang saya kecapi hingga ke hari ini..

masih segar diingatan..

saya masih ingat satu persatu detik manis yang berlaku tahun lalu..dan takkan mampu saya lupakan sampai bila2..hari yang saya mulakan dengan debaran seawal mata terbuka..ye..hari saya bakal menggalas satu tanggungjawab besar iaitu tanggungjawab sebagai seorang isteri..

takut, gembira dan bersyukur semuanya bercampur menjadi satu..sukar diterjemahkan apa yang saya rasa pada hari tu..bertambah pula dengan kejadian2 yang xdisangka..hanya pada Allah saya berserah..

banyak perkara yang kami belajar sepanjang usia perkahwinan..pelbagai onak dan duri telah kami lalui..ternyata segalanya manis bagi saya..walaupun kadangkala terjadi juga perselihan faham..yela..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..betul x..

apa yang saya belajar sepanjang setahun ini adalah belajar mencintai dan menyayangi seikhlas hati..belajar untuk memahami dan menerima kekasih hati seadanya..begitu juga dengan suami..dan apa yang paling besar dan paling mencabar adalah mengakui kesilapan, menerima teguran dan memperbaiki diri dari hari ke hari..

”segala yang ditegur dan dinasihat oleh suami semuanya untuk kebaikan isteri..tiada istilah benci dalam hati..semuanya ikhlas ingin membentuk dan mendidik agar menjadi isteri penyejuk mata suami..dan itulah sebenarnya tanda cinta dan kasih sayang yang sebenar dari seorang suami kepada isterinya..”

itulah kata-kata suami saya yang saya kan semat didalam dada selamanya..dan kepada sahabat2 saya yang bergelar isteri ataupun bakal bergelar isteri..ambillah kata-kata ini sebagai pemangkin semangat dalam melayari alam rumahtangga..

kini..

tahun ini pasti berbeza..namun saya kan tempuhinya dengan debaran dan doa yang sama..tahun ini insyaAllah tanggungjawab saya kan bertambah..daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang isteri..tapi kini tanggungjawab sebagai seorang ibu juga bakal saya galas pada tahun ini..

dua hari lepas merupakan hari yang sangat menggembirakan..buat pertama kalinya saya dapat melihat anak saya walaupun hanya dengan scan..bagaikan tak sabar menunggu kelahirannya..gembira, terharu dan sebak bergabung menjadi satu..dan saya gembira tatkala doktor berkata ” your baby is fine and he look actif “..

sayang suami saya tak dapat melihat pergerakan baby kami..kerana suami tak dibenarkan untuk masuk bersama..hanya gambar je yang mampu saya tunjuk padanya..walaupun begitu..2 dah ckup membuatkan kami gembira..hari i2 senyuman saya bagai tidak boleh berakhir..hehe

harapan..

apa yang saya harapankan adalah semoga anak ini menjadi pengikat kasih sayang kami..dan ia menjadi penyeri dalam rumahtangga kami..serta menyambung perjuangan umi dan abinya..

dan saya juga berharap dan berdoa agar usia pernikahan kami kan kekal hingga ke hujung usia..apa yang mampu saya lakukan adalah terus berdoa agar Yang Maha Esa sentiasa memelihara hati dan cinta kami dalam iman dan jalanNYA..insyaAllah..

pada sahabat2 saya yang membaca..sudi2 lah kalian mendoakan kebahgiaan kami dan semoga kalian juga bertemu jodoh yang terbaik insyaAllah…amin

Sekian

February 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

UmiAishah’s Comments