UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: January 2011

Maafkan daku duhai sayang

By : NurShah

Buat kekasih hati bergelar suami..

Maafkan daku sayang..
terkadang merajuk tak tentu pasal..
terkadang moody tak kene masa..
tapi dikau tak pernah melenting mahupun melatah..
itulah kelebihanmu yang tiada pada insan lain..
itulah kunci yang mengunci hatiku padamu..

Kini diriku tak secergas dulu..
Kini diriku tak sesihat dulu..
terkadang tak mampu nak melayanimu seperti dulu..
terkadang tak mampu beri santapan seenak dulu..
tapi dikau tak pernah merungut mahupun mengeluh..
itulah keistimewaanmu yang tiada insan mampu tandingi..
itulah kekuatanku saban hari..

Terkadang ku mengeluh itu dan ini..
Terkadang ku menangis bagai sukar berhenti….
Terkadang ku berbicara bagai tiada bertepi..
Terkadang ku ceria bagai dunia tiada duri..
tapi dikau tetap setia disisi tak pernah lari..

Apa yang mampu ku ucapkan adalah..
daku sangat sayang padamu..
Bertaut kasih bertaut sayang..
menyulam cinta hingga ke syurga..

Buat baby yang umi sayangi..

Maafkan umi sayang..
terkadang umi mengeluh keletihan..
terkadang umi mengeluh kesakitan..
namun tiada benci di hati umi..
tiada lelah untukmu sayang..
kerna umi sayangkan baby saban hari..

Andai dikau mendengar umi berkata ”Ya Allah..letihnya..’
‘Andai dikau mendengar umi berkata ”aduh..sakitnya..”
bukan keluhan untukmu sayang..
kerna umi tidak pernah penat untukmu..
hanya kata kepingin manja bersama abimu..

Apa yang mampu umi katakan padamu..
umi sangat sayang padamu..
biar habis tenaga dibadan..
biar sakit tulang temulang..
asal dikau sihat dan bahgia..

sekian..

p/s : ntah ape yang kak long merepek malam-malam ni..tetibe je nak feeling-feling..aduyai..gini ek ibu mengandung..takpela..sabar je la ek..

January 2011
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

UmiAishah’s Comments