UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: January 2011

situasi cemas di mesir – hanya padaMU ku mengharap

By : NurShah

Pelbagai cerita di Mesir sampai ke telinga..semuanya bagai mimpi ngeri yang amat menakutkan kak long..kak long sangat berharap agar dia berada dalam keadaan selamat..risaunya hati kak long bukan kepalang..

tatkala membaca setiap berita dari Mesir..kak long hanya teringatkan adik kesayangan kak long..tak pernah sedikit pun kak long lupakan dia dari ingatan dan doa..ntah kuasa apa yang mengikat hati kami..kak long tak tau..mungkin niat ikhlas bersahabat kerana Allah..

semakin sarat memikirkannya…entahkan sihat atau tidak..selamat atau tidak..cukupkah bekalan makanan..seribu soalan bagai berlegar-legar di fikiran mencari dan menunggu jawapan yang tak kunjung tiba..mak abah di malaysia juga turut risau..masakan tidak, hubungan kami bagaikan sebuah keluarga kandung..

semua memori indah kami terpapar di ingatan..satu persatu..amat jelas..akhirnya tanpa sedar air mata mengalir ke pipi..deras dan semakin deras..otak semakin ligat memikirkan keadaannya disana..akhirnya kak long teresak juga..

”tak boleh..kau menangis air mata darah pun bukan boleh ubah apa2..ape lagi kau tunggu..kau tahu ada Kuasa yang dapat membantu..” hati kak long menjerit memarahi..usai menunaikan solat hajat dan bacaan surah yasin..Alhamdulillah tenang sedikit hati kak long..

********

masih segar diingatan

saat dia mula2 menjadi teman sebilik kak long di darul quran dulu..ye..saat itu masih utuh terpahat di ingatan..masih terbayang riak wajah malu dia saat kak long mula menegurnya..heh3..masakan tidak..kak long ter’over’ ramah..yang si dia pulak malu nak bercakap ngan kak long..semua gara2 telo (loghat) brunei yang amatla pekatnya..he3..ye..saat itu bagi kak long adalah saat yang paling manis bagi kami..

hari demi hari persahabatan kami semakin rapat..kemana sahaja kami bersama..semua banat di Darul Quran amat mengenali keakraban kami..makan dan ke kelas bersama..ketawa dan menangis juga bersama..itulah keistimewaannya yang tiada pada semua orang disekeliling kak long..dia tak pernah meninggalkan kak long keseorangan terutama disaat kak long memerlukan seorang kawan..dia lah satu2nya insan yang sanggup menghulurkan bahu untuk kak long menangis..ye..itulah insan yang bernama Najwa Iman Zahidah..
bagaikan keluarga kandung

masih terdengar pertanyaan kawan mak setelah kami kembali bercuti dari Cameron Higlands..saat dia melihat gambar kenangan yang menjadi wallpaper hp mak..”eh seha..sejak bile ko ada anak sorang lagi..?” haha..yang bertambah melucukan tu..ciri-ciri yang ada pada najwa sangatlah memenuhi ciri-ciri keluarga kak long..mata sepetnya lebih kurang..wajah ala2 kacukan cinanya semakin menguatkan..sehinggakan kata adik bongsu kak long..”kan best kak najwa ni betul2 kakak adik..barulah adil..along n angah kurus..adik ad kawan..tak delah adik ni ganjil sangat tau..huhu..

hubungan najwa dengan keluarga kak long memang sangat rapat..cuti semester pun bersama keluarga kak long..maklumlah keluarganya jauh..di brunei nu ha..takkan nak balik brunei setiap kali cuti..so rumah kak long la tempat tujuan..da macam rumah dia pun..mak abah pun da anggap macam anak sendiri..

so tiap kali cuti la mak dan adik bongsu kak long duk la pujuk najwa untuk menghabiskan cuti bersama kami sekeluarga..tambah2 lagi kami sekeluarga memang kuat berjalan semuanya..kehadirannya dalam keluarga kak long semakin menambah keceriaan keluarga kami..bagai lengkap satu family..semuanya lengkap berpasangan..huhu

saat paling sedih

masih teringat saat kak long nak berpisah dengan najwa..adat pertemuan ada perpisahan juga..waktu itu najwa nak balik brunei dan selepas raya 2009..dia akan menyambung pengajiannya di Mesir..semakin jauh la dengan kak long..

waktu itu kak long ingat lagi betapa la seksanya menahan nangis..ada la gaya macam heroin2 cerita korea..haha..sib baik selalu layan cerita korea..dapat gak la praktikkan..haha..tapi takdela control cun cam dorg..(alamak..potong mood sedih..k2..sambung2)..n wak2 2 kak long tau najwa mesti bertambah sedih kalau tengok kak long nangis..so kene la control..lagipun malu la kak long kantoi nangis..huhu..

padahal hanya Allah je yang tau betapa sayunya hati kak long tengok najwa saat2 kami semua di LCCT..jelas najwa tak cakap banyak..maybe duk menahan airmata..yang kak long pulak ter’over’ semangat..ceh..konon2 macam nak tunjuk kak long ni ok la..xsedih..rupanya tektik xberjaya..semua tau kami sedih..

sampai saat najwa check-in..kak long nampak dia nangis..kak long pulak cepat2 pergi..sambil air mata deras mengalir..sampai adik kak long yang kne drive..kak long xleh berhenti menangis sampai tak leh bawak kete..huhu

nak dipendekkan cerita..hubungan yang terjalin semenjak 2006 semakin mengeratkan kami sehinggalah perpisahan kami pada bulan 8 2009..tapi kami tidak pernah putus hubungan sehinggalah sekarang..air mata kerinduan kian deras mengalir..

***************

Doa kak long untuknya

Hanya satu doa kak long buat masa ni..Ya Allah..selamatkanlah dia dari segala bahaya..lindungilah dia walau dimana dia berada..amin..

Dikesempatan ini..kak long sangat2 berharap kita semua dapat mendoakan keselamatan sahabat2 kita di sana..n sahabat-sahabat yang mengenali kak long dan najwa khususnya..sudilah menghulurkan doa..moga selamat semuanya..

* *I’m really miss her so much**

sekian

January 2011
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

UmiAishah’s Comments