UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 11/12/2010

kedinginan irbid

by : Kak Long
Sedar atau tidak, semester satu sudah mahu melabuhkan tirainya..oo..cepatnya masa berlalu..banyak kisah pahit manis sudah kak long tempuhi bersama teman seperjuangan dan tak lupa juga bersama suami tercinta..tak kurang juga pelbagai benda baru yang kak long pelajari saban hari serta pengajaran yang kak long perolehi sepanjang melihat gelagat orang disekeliling..tak kiralah orang arab, mahupun orang melayu..
Kata orang ”jauh perjalanan, luas permandangan”

senyum selalu
kalau nak dipikirkan halangan dan dugaan..haish..peninglah jawabnya..tambahan pula sekarang ni dah masuk musim sejuk..dugaan semakin meningkat..dugaan kuat makan..dugaan menahan kesejukkan..ish2..memang memerlukan mujahadah yang tinggi..selain masalah kewangan yang tak pernah surut dari fikiran..he..terutama sekali kepada kak long dan sahabat-sahabat yang tidak mendapat tajaan mana-mana pihak..berat juga nak memikirkan..
tapi seperti pesanan mak kak long..senyumlah pada masalah lalu masalah kan senyum pada kita..so makin banyak senyum..makin banyak la masalah..macam tu ke maksud mak..?hehe..takkanlah macam tu..maksudnya tetaplah tersenyum walaupun masalah sedang melanda..macam tulah..kerana semua orang ada masalah tersendiri..
Hujan di Irbid

hari ini hujan lagi..kira-kira kali ni kali ketiga la hujan di Irbid sejak kak long menjejakkan kaki di bumi barakah ni..sedang kak long termenung di tepi tingkat sambil melihat titisan hujan membasahi bumi..kak long teringat kata-kata Dr Iqab (dr yang sangat peramah dan perihatin terhadap 4 Nur dalam kelasnya – Nur Asma, Norafizah, Nuur Aishah dan Nurul Naim)..hee..
Dr Iqab : “all Nurs..do you know why irbid not raining this winter? ”
Nurs : ”no sir..we dont know..maybe because of warming global?”
Dr Iqab : ”no, i dont thinks so..this is because too much sin happen in here..even though this is islamic country..thats why Allah is angry with us..dont you agree with me? ”
Nurs : ”oo..that’s right sir..we agree with you”
ha..nampak macam singkat je perbualan kami..tapi hakikatnya ia mempunyai makna yang sangat mendalam..kak long suka belajar dengan Dr Iqab..setiap kelasnya pasti terselit tazkirah ringkas..takpun kata-kata yang membuatkan kita berfikir jauh..
Perbualan ni sebenarnya dua minggu lepas kalau tidak silap kak long..tapi sampai ke hari ini..kak long masih memikirkan kata-kata Dr ni..memang ada betulnya..kalau nak dibandingkan orang jordan dan orang malaysia..lebih kurang je sebenarnya..tak jauh bezanya..cumanya disini lebih ramai golongan wanita yang berpurdah..
Kesimpulannya

Apa yang kak long dapat simpulkan dari kata-kata Dr Iqab..maksiat dan dosa terjadi dimana-mana..tak kiralah negara islam atau tidak..selagi mana rakyatnya tidak mengikut landasan yang sebenar..kerana rakyat dan bangsa tidak dapat melambangkan agama sesebuah negara selagimana rakyat dan bangsa tidak mengikut agama..
pokoknya ”tepuklah dada, tanyalah iman”


sekian

-dari kedinginan Irbid
December 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

UmiAishah’s Comments