UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: December 2010

mahasiswa meneraju negara

By : Kak Long
Pada hari sabtu lepas, bertarikh 18 Disember 2010, kak long dan sahabat-sahabat telah menghadiri satu program yang telah dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk (MMY)..program yang dikira sangat baik pada pandangan peribadi kak long..program ini dinamakan ”gempur MMY” dan tujuan utama program ini adalah untuk memupukkan kesedaran ahli pada masyarakat dan meningkatkan mutu mahasiswa/wi di Irbid ini.
maklumlah kadang mahasiswa dan mahasiswi luar negara ni mudah alpa dengan persekitaran dan lupa pada masyarakat malaysia yang mereka tinggalkan..di tempat oranglah katakan..antara program yang menarik adalah forum dan tayangan slideshow..walau apa pun kak long ucap syabas buat MMY..
Intipati forum
Antara intipati forum yang kak long dapat adalah mahasiswa perlu meningkatkan tahap pembelajaran dan perlu lebih serius dalam menuntut ilmu..gunalah seluas-luasnya ruang yang ada untuk meningkatkan ilmu pengetahuan..
selain itu mutu akhlak dan sahsiah juga tidak boleh dipandang remeh oleh mahasiswa..kerana ia menjadi lambang pada agama dan negara..dan perkara yang penting adalah peningkatan softskill dikalangan mahasiswa kerana ia menjadi aset kepada kita untuk kita turun pada masyarakat kelak..
mahasiswa/wi kini,
Kak long melihat mahasiswa kini hanya sibuk berlumba-lumba dalam kertas periksa sahaja..dan bertanding untuk mendapat mua’ddal (CGPA kalau di malaysia) yang tinggi..ye..memang tidak salah dan seharusnya begitulah kerana tiltle kita sebagai mahasiswa..kak long tidak menyalahkan mahasiwa sebegini..bahkan kak long ucapkan tahniah diatas kecemerlangan kalian..
Cuma kak long gusar andai mahasiswa terus tenggelam dan leka dengan persaingan yang kak long sebutkan tadi..kak long gusar mahasiswa hanya menang dalam persaingan antara kertas dan pen sahaja dan mahasiswa akan alpa pada isu dan masalah yang melanda masyarakat di malaysia khususnya..
mahasiwa/wi yang sepatutnya
Pada kak long, mahasiswa bukan hanya perlu meningkatkan mutu keilmuan dan pengetahuan sahaja..tetapi lebih dari itu..mahasiswa seharusnya melatih daya ketajaman akal dalam membuahkan suatu idea baru dan perlu juga melatih diri supaya lebih peka dengan persekitaran terutama mengenai isu dan masalah masyarakat yang sedang melanda..
mahasiswa tidak seharusnya malu dan takut untuk melontarkan pendapat dan pandangan peribadi akan sesuatu isu pabila ia diketengahkan..apatah lagi bersifat mandom..kerana pandangan dan pendapat tidak ada salah dan betul seperti dalam peperiksaan..ia boleh jadi betul dan boleh jadi salah..disebabkan itu, kak long melihat mahasiswa perlu lebih berani dalam menyatakan pandangan..
disamping itu, kak long melihat mahasiswa tidak sewajarnya hanya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran sahaja sehingga menutup mata dan telinga akan sesuatu isu, masalah dan persekitaran mereka..kerana kedua-duanya sama penting dalam meningkatkan mutu seorang mahasiswa disisi masyarakat..
dan perkara yang turut di anggap penting pada kak long adalah meningkatkan kredibiliti seorang mahasiswa..kerana ia menjadi lambang kebijaksaan dan kehormatan mahasiswa itu sendiri..hendak menjadi seorang yang simple tidak salah tetapi perlu diingat bahawa imej juga penting dalam melambangkan kita seorang mahasiswa..mahu atau tidak..mahasiswa perlu menerima hakikat itu..dan hakikatnya mata orang sekeliling sentiasa melihat dan menilai setinggi mata tahap anda..
bak kata orang..”bagaimana kita menghargai diri kita, begitulah orang akan menghormati kita..”
Kesimpulan
Mahasiswa tidak seharusnya lupa akan matlamat utama dan terus lalai dan alpa dengan kesenangan dan keseronokan sahaja..kerana mahasiswa perlu sentiasa sedar bahawa masyarakat dan hala tuju negara bergantung kepada persediaan mahasiswa sebelum mahasiswa turun pada masyarakat kelak..
“rosak mahasiswa..maka rosaklah negara..dan pasti rosaklah agama..”
renung-renungkan dan selamat beramal
sekian
December 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

UmiAishah’s Comments