UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: November 2010

kagumnya – ooohh blogger2 muslimah

by : NurShah
Salam sayang buat sahabat2 dan adik2 kak long sekalian..semoga kalian sentiasa dibawah naunganNYA..bermula dengan entri kali ini dan entri2 akan datang..kak long akan terus menggunakan nama pena dan nama glamour nie sebagai pengganti diri..bukan niat nak rasa tua..or nak tunjuk cam otai plak..hehe..tapi semata2 nak merapatkan jurang antara kita..rasanya lebih mesra kalau kak long guna panggilan ini..
entri kali ini bersifat santai je..coz kak long hanya nak meluahkan rasa bangga dan kagum dengan sahabat2 seperjuangan kak long..dan entri kali ini tak panjang sebab menaip dengan perut yang tengah meragam..adui..awatlah sakit perut pulak ari ni..dugaan..takpe2..sabar2..
********
rindu pada sahabat2
maafkan kak long wahai sahabat..sejak kebelakangan ni kak long sibuk sangat..tak sempat nak lawat blog2 kalian..sungguh kak long rindukan penulisan kalian..lontaran idea kalian..tak lupa jugak cerita2 kalian..
alhamdulillah..hikmah disebalik sakit perut ni..sempat jugaklah kak long melawat blog kalian..begitu banyak yang kalian ingin kongsikan dengan kak long..macam2 cerita kak long baca..macam2 topik yang kalian bawa..tapi takpe..bukan itu yang kak long nak cerita..
*******
kak long nak cerita betapa gembiranya kak long…
ye..kak long memang gembira baca blog2 kalian..hehe..apa yang gembiranya? ala..janganlah tanya..kak long sarankan buatlah dulu..cube2 la luangkan sikit masa..lawat2 la blog sahabat2..barulah dapat rasa macam kak long rasa..seronok sangat..
bukan setakat ceritanya macam2..tapi ‘wall’nya pun berbeza2..cantik sangat..lagi2 kalau warna pink macam blog kak long..memang lama la kak long melekat..hehe..dan kak long suka dengar nasyid2 yang menyentuh hati di blog kalian..terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kak long..
*******
kagumnya kak long
sungguh kak long kagum dengan sahabat2 kak long yang semakin aktif melontarkan idea..semakin aktif berblog..ye..2 tandanya kita semua peka dengan keadaan sekeliling..syabas kak long ucapkan buat semua blogger2 muslimah..teruskan usaha kalian dan janganlah berputus asa..landasan perjuangan mendambakan kalian..
******
pentingnya peranan kita..
duhai blogger2 muslimah sekalian..ayuh..kita perkasakan lagi dakwah kita..ayuh kita sama2 turun pada masyarakat..ayuh kita sama2 bawa penawar kepada mereka..biarpun hanya pecisan idea cuma..biarlah hanya sekadar coretan penulisan sahaja..tapi itulah usaha namanya..
biarlah apa orang nak kata..biarlah apa orang nak fikir tentang kita..kerana kita menulis kerana cintaNYA..kita menulis kerana sayangkan sahabat2..dan kita menulis bukan kerana nama..(dah macam nak puisi la pulak kak long ni..)
********
lihatlah sekeliling kita..
begitu banyak masalah keruntuhan akhlak di kalangan sahabat2 kita..begitu jauhnya masyarakat dengan cara hidup yang sepatutnya..begitu banyaknya maksiat yang bisa merosakkan iman kita..tak kurang juga begitu banyaknya muslimah dan sahabat2 kita yang jauh dari landasanNYA..
sayang..sangat sayang..bunga mawar yang sepatutnya harum mewangikan taman dakwah akhirnya layu dan gugur mati begitu saja..sedih..kak long tau sahabat2 juga turut sedih..peranan kita la duhai blogger2 muslimah..peranan kita untuk membantu menyuburkan mereka sebelum mereka gugur mati tak berdaya..
sekadar itu dulu pecisan kata2 kak long kali ini..salam sayang buat semua..
wsalam
November 2010
M T W T F S S
« Oct   Dec »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

UmiAishah’s Comments