UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

muslimah dan fesyen


by : NurShah

hari ini genap sebulan saya menjejakkan kaki dibumi anbiya’ ini..pelbagai gaya dan ragam telah dirakamkan dipandangan mata..tidak kurang juga dengan kisah lucu dan pelik..benarlah kata orang ”jauh perjalanan luas pemandangan”..terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan..tetapi kerana kekangan masa, saya terpaksa melupakannya..maaf kerana terlalu lama menyepi..
benarlah kata habibi..kesibukkan itu pasti pabila menggalas gelaran pelajar dan isteri dalam masa yang sama..tapi ia bukan alasan untuk berhenti dalam jalan dakwahNYA..dan masa sentiasa berlalu..sama sahaja..tidak kurang dan tidak lebih..tetap sama 24 jam sehari..tugas kita untuk membahagikan masa sebaik-baiknya agar tidak terabai semuanya..insyaallah..pesanan habibi kan tersemat utuh di sudut hati..
********
balik kepada tujuan asal entri ini ditulis..topic kali ini adalah muslimah dan fesyen..satu topic yang semakin hangat diperkatakan saban hari..sedar atau tidak sebenarnya dua perkataan ini mempunyai takrifan yang sangat berbeza..dan wajarkah dua perkataan ini dipisahkan sejauh-jauhnya..atau perkataan ini boleh digabungkan cuma perlu mematuhi beberapa garis panduan..sama-samalah kita fikir untuk kesejahteraan kita semua..
tujuan entri ini ditulis adalah ingin berkongsi pandangan..jauh dari niat hati untuk memperlekehkan pemakaian akhawat sekarang..cuma sekadar teguran dan nasihat agar kita sama-sama bijak dalam memilih pakaian yang sewajarnya dipakai oleh seorang muslimah..dan tujuan utama entri ini ditulis hanyalah atas dasar kasih sayang sesama muslimah..
pabila disebut perkataan muslimah..kebanyakkan dari kita pasti tergambar di fikiran gambaran seorang perempuan yang kolot pemakaiannya dan tidak menarik penampilannya..dan pabila disebut perkataan fesyen..pasti tergambar difikiran gaya pemakaian ala barat yang up to date..dan kita boleh lihat betapa jauhnya penakrifan dua perkataan ini menurut pandangan dan pemahaman orang sekarang khususnya kaum hawa baik remaja mahupun wanita..
baik..mari kita kupas topik ini satu persatu..semoga kita semua terlepas dari salah faham tentang isu ini..perlu diingat bahawa hakikatnya islam itu tidak mengongkong umatnya..syariat islam sebenarnya amat sesuai diamalkan sepanjang zaman..
*********
ciri-ciri pakaian seorang muslimah :

muslimah yang bijak adalah muslimah yang berjaya manggabungkan ciri muslimah dan fesyen dan disamping itu, tidak melanggar hukum dan batas syariat yang digariskan islam..jangan dilupa bahawa dakwah bilhal juga perlu dalam menarik minat remaja untuk memilih pakaian muslimah dari pakaian ala kebaratan..siapa yang harus dipersalahkan andai remaja-remaja menolak fesyen islamic dan memilih fesyen kebaratan yang jauh menyimpang dari tuntutan syariat hanya kerana ketegasan kita dalam berpakaian. syarat-syarat asas dalam pemakaian muslimah adalah :

a- pakaian yang labuh dan longgar
ciri ini harus kita patuhi..sebagai seorang muslimah..pakaian yang dipakai perlulah longgar sehingga tidak menampakkan susuk tubuh tetapi tidaklah terlalu besar sehingga menghilangkan kekemasan seorang perempuan dan ia perlu labuh sehingga paras lutut..jenis pemakaian terpulanglah pada individu itu sendiri..samada jubah, baju kurung mahupun t-shirt muslimah..yang penting ia tidak lari dari syarat ini..
b- tidak jarang
ciri yang kedua adalah tidak jarang..kebanyakkan akhawat sekarang kurang menekankan syarat ini..kain yang dipilih terlalu nipis sehingga menampakkan bayang susuk tubuh..perlu kita semua ingat..syarat ini juga sama penting seperti syarat yang pertama tadi..even kita pakai jubah sekalipun tetapi kainnya jarang sehingga menampakkan susuk tubuh..tetap berdosa hukumnya..
c- tidak tabarruj/ menonjol
ciri yang ketiga pula adalah tidak tabarruj atau bahasa mudahnya adalah tidak terlalu menonjol..syarat ini juga sama penting dengan syarat pertama dan kedua..tidak salah untuk memakai pakaian berwarna..tetapi harus memilih warna yang tidak terlalu terang..kerana warna yang sangat sesuai dipakai oleh seorang muslimah adalah warna yang gelap..contohnya biru gelap, hijau gelap dll..warna yang gelap itu lebih selamat dari warna yang terang sehingga boleh dilihat dari jarak jauh..
d- tudung yang menutup dada

tudung atau hijab adalah perkara yang wajib dipakai oleh seorang muslimah..tidak boleh tidak..dan tudung yang terbaik adalah tudung yang menutup keseluruhan dada sehingga siku kerana ia menutup keseluruhan dada dari pandangan kaum adam..dan tudung yang terbaik juga adalah yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga menzahirkan bentuk dada..nauzubillah..sama-sama kita berlindung dari pandangan jahat kaum adam..insyaallah..
***********
Fesyen
pabila dikatakan tentang fesyen pasti hanya fesyen barat menjadi tumpuan..tetapi sedar atau tidak sebenarnya fesyen itu luas..jangan dilupa fesyen timur tengah..dan hakikatnya fesyen timur tengah adalah fesyen yang sangat menarik dan sangat sesuai untuk muslimah andai kita bijak memilih..sebagai contoh fesyen jubah jordan, abaya dan sebagainya..
a- hiasan & accessories

hiasan dan accessories memang tidak dapat dipisahkan dengan kaum hawa..memakai hiasan dan accessories ini baik sebenarnya..ia mampu menambahkan kecantikkan seorang wanita..sebagai muslimah..kita juga tidak terlepas untuk memakai hiasan dan accessories ini..cuma sebaiknya, pakailah dirumah sahaja..tidak menjadi tatapan umum..cincin , rantai dan gelang juga begitu..sebaik-baiknya dipakai di dalam pakaian..dalam sarung tangan dan sebagainya..
b- berpurdah

tidak dinafikan berpurdah juga menjadi satu fesyen sekarang ini..memakai purdah hanya kerana untuk berfesyen tidak salah..tetapi rugi dari satu sudut..iaitu tiada bonus yang akan diperolehi..bukankah lebih baik sekiranya kita pakai purdah tetapi diniatkan kerana Allah..tajdidkan niat sentiasa..insyallah mendapat berkat dari ILAHI..
***********
Kesimpulan
Muslimah dan fesyen sebenarnya adalah gandingan ideal andai betul caranya..dan dalam masa yang sama ia tetap mengikut syarat-syarat yang perlu dipatuhi..dan pada pandangan saya..fesyen muslimah timur tengah adalah sangat sesuai dipakai oleh muslimah sekarang..sangat sopan, tidak terlalu menonjol dan tidak terlalu kolot..dan sebaik-baik perkara itu adalah yang ditengah-tengah..
sebaik-baik muslimah adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang..
wassalam

2 Responses to muslimah dan fesyen

  • Isma Azira binti Mohamad Desa says:

    salam….bgus lh artkel ni…bt ati sya trsntuh…sya nk brbh,,,tp xblh nk mnddk…hrap allh kklkn ati sya ke jln yng lrus…amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

October 2010
M T W T F S S
« Jun   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

UmiAishah’s Comments