UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: October 2010

coretan hati seorang anak


by : NurShah
salam rindu buat mak dan abah..
genap dah sebulan along ditempat orang..tipu kalau along kata along tak rindukan mak abah..kadang-kadang along tewas dalam menahan perasaan rindu..tapi allah tu maha mengetahui akan kelemahan anak mak ni..dikurniakan suami yang begitu penyayang dan sabar dalam mendidik along..
mak..
terima kasih atas nasihat mak selama ini..sejujurnya along tak sanggup nak tinggalkan mak abah dan adik-adik..along masih terasa erat pelukan mak..masih ternyiang-nyiang di telinga kata-kata semangat mak..mak kata :
”mak tau anak mak kuat..jangan nangis..kuatkan semangat walau dimana along berada..jangan abaikan suami..jadilah isteri solehah buat syafiq..jangan abaikan pelajaran..jangan abaikan agama along..jangan risaukan mak abah..serahkan mak abah pada allah dan mak serahkan along dalam jagaanNYA juga..”
hati along sebak ketika tu mak..along nak menangis di bahu mak sepuas-puasnya..tapi along tak nak mak nampak air mata along..along tak nak mak nangis..along tengok mak tersenyum..mak tak menangis seperti yang along jangka..along tau mak sedih tapi mak kuatkan hati..sebab mak tau kelemahan anak mak..
abah..
along masih terasa pelukan abah..masih terbayang senyuman manis abah..semuanya masih segar di ingatan..abah tak pernah jemu pujuk tangis anak abah ni..sampai dah kahwin pun masih nak menangis dengan abah..tu kata-kata abah..along tahu abah sayangkan along..
sebenarnya along nak menangis di bahu abah saat abah hantar along di KLIA..air mata along dah bergenang bah..tapi sekali lagi abah pujuk..abah kata :
”kenapa along nangis..along kan pergi berjuang..anak abah kan nak jadi pendakwah..pendakwah tak boleh lemah long..pendakwah kene kuat semangat..pendakwah kene kental..”
along dengar suara abah bergetar..along tahu berat hati abah nak melepaskan along pergi..tapi abah sembunyikan kesedihan abah..sebab abah tahu kelemahan anak abah..along tahu abah sayang along..
mak abah..
jangan risaukan along lagi ye..insyallah..kini along semakin kuat..kata-kata keramatmu sentiasa di telinga..senyuman manis mak abah sentiasa di bayangan mata..cuma along pinta doa dan restu dari mak abah saban hari..doakan la along agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tangungjawab sebagai pelajar, isteri dan dae’i dalam masa yang sama..
jangan bimbangkan along lagi ye..tiada lagi air mata duka dalam hidup puterimu..kerana along bahagia disisi suami tercinta..kini along mengerti makna cinta yang mak katakan dulu..dan kini along merasai manisnya cinta aturan ILAHI..terima kasih abah kerana menikahkan along dengan lelaki terbaik..doa abah termakbul sudah..kerana abang syafiq menyayangi dan menjaga along sama seperti sayangnya abah pada along..dan kami saling menyintai kerana ILAHI..
mak abah..
terima kasih atas segalanya..terima kasih kerana mendidik along menjadi seorang yang tabah..sejak kecil mak abah latih along menolak kepentingan diri untuk kebajikan orang lain..sejak kecil mak abah ajar along berdikari..sejak kecil mak abah didik agar menjadi umpama lilin..”membakar diri menerangi orang lain..” terima kasih untuk segalanya..hanya ALLAH yang mampu mambalas segala pengorbanan mak abah pada along..
terima kasih mak abah..
love ”mak abah” forever n ever..
October 2010
M T W T F S S
« Jun   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

UmiAishah’s Comments