UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: June 2010

manisnya cinta anugerah Ilahi – Siri I


by : NurShah
Sejak kebelakangan ini, saya kerap dihujani dengan persoalan mengenai pengalaman berumahtangga oleh sahabat-sahabat terutama bakal-bakal pengantin baru..tak kurang juga kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya diikat dengan akad yang sah dan selamat pengantin baru buat kalian..
Kadang terlintas juga difikiran..mengapa soalan-soalan ini harus ditujukan kepada saya..bukankah saya juga masih bergelar pengantin baru memandangkan perkahwinanku belum pun sampai setengah tahun..Pabila ditanya kepada salah seorang sahabat lalu jawabnya ” perkahwinan kalian kan lain dari pasangan lain..masakan tidak..kalian tidak bercinta sebelum kawin..”
Kala itu barulah saya mengerti mengapa persoalan-persoalan itu tertuju kearah perkahwinan kami..ye..kerana persoalan sebenarnya adalah cinta antara kami..khususnya dalam menyemai cinta selepas kawin..saya mengerti keresahan sahabat-sahabat dalam memikirkan soal ini.
Jawapan saya mudah..cinta selepas kawin sangat-sangat istimewa..dan saya bersyukur kerana diberi peluang merasai kemanisan cinta itu..benarlah kata orang tua-tua “bercinta selepas kawin itu lebih manis dari madu dan lebih berseri dari sinarnya rembulan kala dini hari”
Malah saya turut menyarankan pada sahabat-sahabat untuk turut merasai kemanisan dan keunikan cinta anugerah Ilahi ini..Sungguh berbeza kenikmatan cinta selepas kawin jika dibandingkan dengan cinta sebelum kawin..
Pada entri sebelum ini..pernah saya menceritakan mengenai pengalaman cinta sebelum kawin..ye..pengalaman yang sungguh perit tatkala cinta dikhianati membuatkan saya hilang percaya pada cinta..tetapi syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya kesempatan untuk merasai kemanisan cinta yang sebenar..dan kala ini ingin saya berkongsi mengenainya.
Masakan tidak sahabat-sahabat..tiap hari dibuai dengan kata-kata sayang yang halal untuk kita nikmati..kata-kata sayang yang ikhlas dan tulus dari tutur suami tercinta..membuatkan kita rasa dunia ini bagai kita yg punya..ternyata kemanisannya berbeza sahabat-sahabat..
Mungkin ada sahabat-sahabat yang akan menyangkal pendapat saya ini..ye..mungkin kata-kata sayang itu sama sahaja tak kira berkahwin atau tidak..malah mungkin pasangan bercinta sebelum kawin punya madah yang lebih hebat..tapi ketahuilah sahabat-sahabat..jurang bezanya terlalu besar..kerana kemanisan itu bercampur didalamnya redha Ilahi..itu yang membezakannya..
mana mungkin ia boleh disamakan..perasaan cinta akan membuahkan rindu lalu membuahkan rasa keinginan kepada pasangan..jangan menafikan kata hati sahabat-sahabat..berlaku jujur la pada diri..andai cinta tidak bersama dengan perasaan dan nafsu..maka itu bukan cinta..dan kerana itu juga lah berlaku sumbang mahram dan perzinaan bahana panasnya bahang cinta terlarang itu..
Ketahuilah sahabat-sahabat..andai kala ini sahabat-sahabat telah merasai manisnya dipuji oleh kekasih hati..ketahui sahabat-sahabat..kemanisan dipuji oleh suami adalah tiga kali ganda lebih manis dari yang kalian rasa kala ini..ketahuilah jurang perbezaan antara cinta terlarang dan cinta anugerah Ilahi sangat luas..manisnya ibarat gula dan madu..kilauannya pula ibarat kaca dan berlian..sinarnya pula ibarat lampu dan sang mentari..
dan sedarlah..semakin kemanisan itu sahabat-sahabat kecapi sebelum berlakunya akad yang sah antara kalian..kemanisannya semakin hilang tatkala kalian mendirikan rumahtangga kelak..kerana cinta suci yang dijanjikan Allah mana mungkin bisa bercampur dengan cinta kotor dihiasi syaitan..dan terimalah hakikat bahawa cinta sebelum akad tidak pernah wujud dalam syariat..
sedarlah sahabat-sahabat..jangan ditipu oleh permainan cinta..kerana cinta yang salah bisa membuatkan kita semakin lalai dan jauh dengan Pencipta..kerana hakikat kemanisan cinta yang sebenar adalah cinta anugerah yang Maha Esa..
sekian dahulu untuk entri kali ini..InsyaAllah saya akan menyambungnya pada entri yang akan datang..tepuklah dada tanyalah iman..
Sekian
June 2010
M T W T F S S
« May   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

UmiAishah’s Comments