UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: June 2010

Cinta Anugerah Ilahi – Siri II

By : NurShah
Pada entri yang lepas..saya telah menceritakan kepada sahabat-sahabat tentang pendedahan awal cinta anugerah Ilahi ini..diharapnya sahabat-sahabat mengerti apa yang ingin saya sampaikan kepada kalian..dan saya berharap juga agar pintu hati kalian terbuka untuk mengikuti jejak langkahku..amin..
Pada entri yang lepas, saya menukilkan tentang perbandingan antara ‘cinta terlarang’ dan ‘cinta anugerah Ilahi’ dan pada entri kali ini saya ingin menukilkan mengenai erti cinta dan pengorbanan kepada pasangan dalam ‘kontek’ sebenar..
Sahabat-sahabat..tatkala kita membincangkan tentang isu perkahwinan..begitu ramai yang teruja dalam membincangkan isu ini..pemikiran si jejaka tak pernah lekang dari dilema mencari si cantik..dan si dara pula tidak lekang dari dilema mencari Mr Right. Pabila ditanya tentang ciri-ciri idaman pula..pasti jawapannya berjelar-jelar dan mampu disenaraikan dengan begitu terperinci sekali..
Sedar atau tidak sahabat-sahabat..pada saya, sekiranya kalian masih terperangkap dalam dilema diatas baik muslimin atau muslimat..kalian belum cukup matang dalam membincangkan soal perkahwinan kerana kalian lupa akan jodoh ketetentuan Ilahi..dan selagi mana kalian tidak bisa mengeluarkan diri dari belenggu dilema ini..semakin sukarlah kalian untuk bertemu dengan jodoh..
Memilih tidak salah pada saya..kerana ia naluri setiap individu..dan saya mengerti punca kalian terus terusan didalam dilema ini..masakan tidak..bagaimana ingin hidup selamanya dengan pasangan andai kita tidak suka melihatnya..ye..jawapannya senang dan mudah..kerana yang sentiasa dilihat saban hari oleh setiap pasangan suami isteri itu bukan kecantikan luaran..tetapi kecantikan dalaman..
‘kecantikan luaran’ dan ‘kecantikan dalaman’ punya penakrifan berbeza..dan jika kalian tetap dengan pendirian memilih si cantik dan si hensem untuk menjadi pasangan hidup..percayalah sahabat-sahabat..perkahwinan kalian tidakkan panjang kelak..bukti di depan mata sahabat-sahabat..bukalah mata hati kalian..lihatlah artis-artis..apa dah jadi? tidak cukup cantikkah mereka? tidak cukup hensemkah? saya pasti jawapannya sudah ada pada kalian..
Pada entri kali ini saya ingin membawa sahabat-sahabat melihat ‘kecantikan dalaman’ yang tersembunyi dalam ‘cinta anugerah Ilahi’ ini yang tidak mampu kalian dapat didalam cinta terlarang..dan andai kalian mengatakan kalian bisa mendapatkannya didalam cinta terlarang..sedarlah neraka menanti kalian untuk itu..terimalah hakikat dan bukalah hati untuk menerima hakikat syariat tidak menghalalkannya..
Bukan niat saya untuk menakutkan kalian..tetapi semata-mata untuk memberi satu sentakan di hati kalian..bahawa kesan negatifnya cinta terlarang yang sedang kalian kecapi ini sangat panas bahangnya dan kelak lebih panas di neraka Allah kerana Allah tidak meredhaiNYA..
balik kepada topik asal kita..mengenai ‘kecantikan dalaman’..sedar atau tidak duhai sahabat..sebenarnya kalian tidak perlu gusar akan kecantikan kalian..kerana percayalah Allah akan menyempurnakan kecantikan kalian melalui kecantikan dalaman..pasti kalian semakin tertanya-tanya apakah kecantikan dalaman yang saya maksudkan sebenarnya..
kecantikan dalaman yang saya maksudkan bukanlah dari segi akhlak, pertuturan, dan cara bersosial..saya yakin cara setiap individu itu berbeza..yang ingin saya ceritakan adalah yang bersifat umum..bukanlah niat dihati ingin mengatakan akhlak, pertuturan dan cara bersosial itu tidak penting..ye..sangat penting malah ia tunjang utama yang perlu ada dalam diri kalian..akhlak yang baik, pertuturan yang bisa menenteramkan hati dan menggoncang jiwa serta cara bersosial yang mendamaikan..pasti bisa mengunci hati pasangan..percayalah
kecantikan dalaman sebenarnya ialah pengorbanan-pengorbanan yang kita taburkan untuk pasangan kita seikhlas hati tanpa meminta balasan..dan pengorbanan yang kita lakukan atas dasar kasih sayang dan cinta kepada pasangan kerana mengharapkan redha Ilahi..itulah hakikat kecantikan dalaman sebenar..
Masakan tidak sahabat-sahabat..sebenarnya pengorbanan dan tanggungjawab didalam rumahtangga sangat berat dan sangat memenatkan dan meletihkan bahu yang memikul..tetapi ia menjadi ringan dan sangat menggembirakan malah kita menjadi tidak sabar untuk menaburkan pengorbanan demi pengorbanan kepada pasangan pabila redha Ilahi berada didepannya..percayalah..
suami sibuk dengan bekerja saban hari..isteri pula sibuk mengurus rumahtangga..ye..memang merumitkan..tapi tidak gembirakah sahabat-sahabat tatkala kalian pulang dari kerja..dengan badan yang sangat letih dan perut yang begitu lapar..makanan telah siap terhidang di meja..dan melihat kekasih hati berdandan dengan begitu indah menanti kepulangan kalian..ditambah pula isteri mengurut bahu kalian dengan penuh kasih..tidak bahagiakah kalian para suami…?
dan isteri..tidak banggakah kalian tatkala melihat suami memakan hidangan yang kalian sediakan dengan begitu selera sekali walaupun hidangan itu tidaklah istimewa..hanya hidangan biasa..tetapi cukup memberi erti kepada suami..dan tidak bahagiakah isteri tatkala suami menghadiahkan kucupan kasih sayang di pipi dan di dahi kalian sebagai tanda terima kasih atas hidangan yang kalian hidangkan serta perhatian yang kalian berikan kepadanya..tidak cukup bahagiakah sahabat-sahabat?
ye..hakikatnya hati suami dan isteri berbunga riang dan ditambah pula Redha Ilahi sebagai asasnya..itlah kecantikan dalaman yang saya maksudkan duhai sahabat-sahabat..sekian dahulu untuk entri kali ini..saya berharap agar kalian bisa mngerti apa yang ingin saya sampaikan pada kalian..
sekian
June 2010
M T W T F S S
« May   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

UmiAishah’s Comments