UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: May 2010

buat insan tersayang




by : NurShah

Khas buat emak tercinta

Emak..
Disaat kami melihat dunia,
Emak tersenyum dan menangis gembira,
Tatkala kami dibesarkan,
Emak berikan segunung kasih sayang,
Serta selaut belaian dan perhatian..

Akan kami gapai kejayaan biarpun payah untuk dicapai,
Akan kami tunaikan cita dan impianmu,
Akan kami korbankan segalanya demimu,
Kerna ia pasti bisa membahagiakan hatimu..

Hidupmu ibarat mentari,
tanpa jemu menyinari hidup kami,
Hidupmu ibarat sang bulan,
tanpa jemu menunjuk jalan di dalam kegelapan..

Pengajaranmu akan sentiasa menjadi pegangan,
Nasihatmu akan sentiasa menjadi peneman,
Pengorbananmu akan sentiasa tersemat didada,
Perhatianmu akan sentiasa menjadi aspirasi,

Biarpun ombak membelah lautan,
Biarpun gempa menggegar daratan,
Namun kasih sayang kami kan kekal utuh,
sehebat kasih sayangmu pada kami anak-anakmu,


Terima kasih emak atas segalanya..

Khas dari anak-anakmu,


Sekian.

May 2010
M T W T F S S
« Mar   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

UmiAishah’s Comments