UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 14/03/2010

apa maknanya cinta???


by : NurShah
“CINTA”
bila dikatakan tentang cinta. Pasti dan pastinya ramai yang ingin menyuarakan pendapat tentang cinta. tidak kira tua atau muda. malah yang semakin menghairankan anak sekecil 10 tahun sudah pandai bercakap tentang cinta. masing-masing punya pandangan dan tak kurang juga dengan pengalaman. apatah lagi kalimah ini sangat popular dikalangan anak remaja kita saban hari. apa makna cinta itu sebenarnya.
bila ditanya tentang cinta. semuanya indah belaka. semuanya manis bakkan gula. sehinggakan mampu membuatkan kita buta mata dan buta hati. teringat saya akan satu pepatah dalam cerita hikayat melayu “buang ibu, buang saudara, kerana cinta, hamba turutkan “ benarkah cinta mampu membuatkan kita segila ini.
tak kurang juga hebatnya dengan cinta laila majnun dalam masyarakat melayu. setanding hebatnya dengan cinta romeo dan juliet. dan mungkin juga setanding dengan cinta jack dan rose dalam cerita titanic. semuanya indah belaka. sanggup gila kerana cinta. sanggup mati kerana cinta. senangnya kita menjadi hamba kepada cinta.
Pernah saya terdengar luahan seorang jejaka kepada kekasihnya ketika saya bersama rakan-rakan sedang bersiar-siar ditasik shah alam. kata-kata yang bisa menggegarkan jiwa si dara yang mendengar. “andai nyawa jadi taruhan untukku mendapatkan cintamu. sanggup ku korbankannya hanya kerana aku cinta padamu”. Argh..jijik pabila mendengar. sungguh akal dan hati tidak dapat menerima.
itu cinta sebelum kahwin. pada pasangan yang telah berkahwin pula lain ceritanya. tahniah saya ucapkan kepada pasangan yang berjaya mengecap manisnya cinta sehingga mampu membuahkan kesetiaan sehingga ke anak cucu. tetapi saya tumpang simpati kepada yang kecundang dan gagal dalam percintaan.
Entri ini dinukilkan setelah saya baca blog ini. andai sahabat-sahabat satu pemikiran dan satu fikrah dengan saya. pasti dan pasti airmata kalian kan gugur ke pipi ibarat empangan yang pecah. sungguh hati saya hancur membacanya. “suami jenis apa macam ni. terlalu naif dan bodoh dalam membuat keputusan. senangnya mencari jalan penyelesaian. kahwin. hanya itu. andai benar ingin mengelakkan fitnah, mengapa tidak membawa isteri atau mahram bersama dalam setiap pertemuan..lalu bagaimana fitnah itu kan timbul andai kita bijak mengelaknya. lelaki seperti inilah yang mengotorkan landasan perjuangan” kata hati saya.
tetapi tidak dinafikan hati saya sedikit kagum dengan si isteri. kesabarannya terlalu tinggi pada saya. saya cuba meletakkan diri saya ditempatnya. sungguh saya katakan. saya tiada kekuatan itu. malah kalau ditanya pada setiap wanita. pasti dan pastinya tiada yang sanggup menghadapi ujian sebegini.
Walau apapun alasan si suami. hati wanita tetap tidak dapat menerima andai diri dimadukan. apatah lagi pabila agama menjadi alasannya. teringat saya kepada kata-kata ustazah saya. dua minggu sebelum saya berkahwin. kata beliau ”jangan cintakan suami kerana cinta, tetapi cintakan suami kerana Allah. kerana cinta suami adalah cinta yang paling sukar diduga walaupun setelah 40 tahun berkahwin. mohonlah kesetiaanya setiap kali selepas solat kepada yang memiliki hatinya. hanya itu kuncinya”
Sungguh dalam maknanya. sungguh saya katakan. sangat sukar saya memahami kata-katanya sewaktu saya bujang. tetapi kini. saban hari saya semakin mengerti tiap bait kalimah yang keluar dari bibirnya. dan semakin saya mengerti mengapa hatinya begitu gusar dengan anak-anak muridnya yang telah berkahwin. dan saya juga mengerti mengapa begitu tulus hatinya mendoakan kebahagiaan anak-anak muridnya lima kali sehari. kerana padanya perkahwinan itu bukanlah satu penamat dalam melahirkan cinta tetapi ia merupakan satu permulaan kepada pencarian makna sebenar erti cinta itu. dan tidak semua pasangan akan berjaya. nauzubillah
Mungkin ada segelintir sahabat-sahabat yang tidak setuju dengan kata-kata saya. dan mungkin juga ada sahabat yang akan membangkang pandangan saya ini justeru kerana kalian telah merasa manisnya cinta. kalian telah merasai nikmatnya cinta.
Entri kali ini hanyalah pandangan saya dan saya juga insan biasa. juga pernah merasa apa itu cinta. pernah juga mengenali apa itu cinta. tetapi malang bagi saya, kerana saya belum pernah merasai kemanisan cinta seperti yang diagung-agungkan sehinggalah saya berkahwin. untuk menyatakan bahawa saya telah mengecapi cinta selepas kahwin. mungkin terlalu awal untuk saya menyatakannya memandangkan usia perkahwinan saya baru berusia sebulan.
Justeru itu, pandangan saya mengenai cinta tidak seindah yang digambarkan. Apatah lagi, dengan hati yang pernah terluka. Mudah andai saya katakan. cinta itu indah dipandangan mata tetapi pahit tatkala kita merasainya. Semoga Allah mengizinkan kita mengecapi indahnya cinta yang dijanjikanNYA. amin
cinta pada saya adalah satu kalimah yang sangat sukar didefinisikan. kalimah yang sangat sukar untuk dihuraikan apatah lagi ingin diterjemahkan. benarkah cinta itu indah? kalau benarlah cinta itu indah. kenapa ramai yang sanggup hidup dalam tangisan airmata? berapa ramai yang sanggup hidup dalam kesengsaraan jiwa? hanya semata-mata kerana cinta. berapa ramai yang sanggup menjadi hamba kepada cinta? lalu dimana manisnya cinta yang selama ini sering kita dengar.
andai kita mencari cinta tanpa bantuan Ilahi. beginilah jadinya. ramai yang tewas kerana terlalu mengagungkan cinta. terlalu ramai yang kecundang kerana hanyut dalam kerakusan dan kehangatan cinta. tetapi andai cinta itu hadirnya dari Allah. pasti cinta itu kan subur hingga ke syurga. semoga Allah membimbing kita dalam melayari cinta. dan semoga Allah mengizinkan kita untuk mengecap kemanisan cinta itu sendiri. sehingga mampu membuahkan kesetiaan sehingga ke penghujung hayat kita.
Sama-samalah kita berfikir cinta manakah yang akan kita cari dan sama-samalah kita berfikir, cinta yang manakah yang akan Allah beri.
Sekian
March 2010
M T W T F S S
« Feb   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

UmiAishah’s Comments