UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 08/03/2010

Raja Lawak keempat


by : NurShah

”Kecik” Raja Lawak keempat.

SHAH ALAM: Peserta berkumpulan, Kecik dianggotai Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, 19, dan Safuan Madeaming atau Wan, 20, mengulangi kejayaan kumpulan Sepah tahun lalu apabila diumumkan Juara Raja Lawak 4, di sini, malam tadi.

Dua sahabat dari Sabah itu berkongsi hadiah wang tunai RM14,000, kereta Naza Sorento dan barangan elektrik serta trofi. Kecik meraih undi terbanyak pada pertandingan peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Kemenangan ditentukan sepenuhnya menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. Rancangan dihoskan Mohd Razizan Ab Razak (Zizan) dan Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz (Johan) itu disiarkan secara langsung di Astro Prima.

Peserta Kedah, Khairul Idlan Abdul Razak, 21, menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM11,000 dan kereta Naza Optima, manakala ketiga, Alexander Ahat atau Alex, 28, dari Papar, Sabah, membawa pulang motosikal Naza Blade 250R serta wang tunai RM8,000.


ulasan dan pandangan

Musim Raja Lawak kini sudah pun melabuhkan tirainya. sana sini kita dengar orang bercerita tentang raja lawak. itu dan ini. baik dan buruk nya. tapi pada saya, saya tidak dapat melihat dimana baiknya program realiti ini. bukankah raja lawak keempat ini telah membuktikan kepada kita semua bahawa program realiti ini semakin kurang menyengat.

Justeru itu, kenapa program ini masih diteruskan andai hasilnya semakin malap dan terus malap tanpa kualiti. salah siapa? adakah salah program atau peserta-peserta semakin ketandusan dan kekeringan idea yang bagus.

adakah dengan bergelar juara, sudah mampu menunjukkan bahawa peserta itu benar-benar berkualiti. lalu dimana letaknya objektif program ini? betul ke program ini mampu melahirkan pelawak yang berkualiti?

Buktinya juara Raja Lawak Musim keempat ini. pada saya, kumpulan Kecik ini tidak berkualiti langsung. idea merepek. hairan saya. bagaimana penonton melihat dan menilai peserta-peserta? adakah penonton benar-benar mengundi berdasarkan bakat dan idea?

peserta yang menang kira berbaloi la juga. hasil dari memalukan diri sendiri di khalayak ramai. bukan semua orang mampu memalukan diri sendiri depan orang ramai. sejujurnya, saya tidak ada keberanian itu. kira berbaloi dapat duit beribu-ribu. tetapi kepada yang mengundi. apa yang kalian dapat? sedar atau tidak sebenarnya, kalian hanya membazirkan kredit. tidak lebih dari itu.

Lalu, program ini pada saya tidak lebih hanya sekadar untuk mengaut keuntungan sahaja. yang kaya sape? maxis, astro dan seangkatan dengannya. betul atau tidak. terpulang pada sahabat-sahabat dalam menilai dan melihat sesuatu dari sudut kaca mata yang berbeza.

Sekian
March 2010
M T W T F S S
« Feb   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

UmiAishah’s Comments