UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 02/03/2010

permainan – keseronokkan atau musibah?

Model pesawat kawalan jauh yang meragut nyawa arwah Musthafa Osman (gambar kecil)



by : NurShah

salam buat sahabat-sahabat..terlalu lama rasanya saya menyepi..sungguh hati saya pilu tatkala jari-jari menari diatas ”keyboard” ini. entri pada kali ini mungkin hanya sekadar pandangan saya sahaja.ingin saya kongsikan rasa hati saya dan apa yang berlegar di fikiran saya kala ini.


sebelum saya memulakan entri saya kali ini. ingin saya dahului dengan ucapan takziah buat keluarga arwah Musthafa Osman. semoga rohnya dicucuri rahmat. dan semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran di hati ahli keluarga beliau..amin..

Mungkin ramai yang tertarik dengan berita hari ini mengenai arwah Musthafa Osman yang maut akibat dirempuh kapal terbang kawalan jauh model “Richmodel Quickie 40” di Bandar Saujana Putra, Puchong, semalam. kejadian yang menimpa arwah membuatkan saya terfikirkan mengenai 1 perkara.

Arwah maut apabila kepalanya dirempuh pesawat mainan kawalan jauh milik rakannya. pesawat itu dikatakan mengalami masalah teknikal dan menyebabkan ia gagal dikawal sebelum ia merempuh kepala mangsa. menurut keterangan, rakan mangsa itu telah bermain permainan itu selama 10 tahun. agak tidak logik kalau kita katakan rakannya itu tidak mahir mengawal pesawat itu. betul atau tidak..fikir-fikirkan lah..

menurut anak mangsa. akibat daripada hentakan yang kuat itu, mengakibatkan arwah koma selama 6jam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang semalam di Hospital Putrajaya kerana kecederaan dalaman di kepala dan bengkak di bahagian otak. untuk maklumat yang lebih lanjut, kalian boleh baca disini.

sungguh hati saya sukar untuk percaya. bagaimana permainan pada asalnya dicipta untuk keseronokan. kini mampu membawa malang. malah membawa kepada kematian. kalau difikirkan dengan logik akal. macam tak boleh percaya ia akan sampai tahap itu.

ye..balik pada point asal entri ini ditulis. kejadian yang menimpa arwah ini membuatkan saya berfikir. permainan-permainan sekarang lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan..kalau dahulu sinonim bagi kita semua. luahan kekesalan ibu bapa yang mengatakan anak-anak mulai leka dan lalai dengan permainan-permainan ini sehingga mengabaikan pelajaran. sebagai contoh PSP, PS2, gameboy dan macam-macam lagi…

jadi dimana silapnya..samada salah ibu bapa yang membenarkan ini semua berlaku. atau salah anak yang tidak pandai mengurus masa mereka. atau salah teknologi. dalam era ini. sungguh tidak relevan kalau kita katakan ia salah teknologi. jadi salah siapa?

pada pendapat saya. semua pihak ada sumbangannya masing-masing. samada betul atau tidak. terpulang pada individu itu sendiri. peranan ibu bapa sangat penting dalam mengawal anak-anak. nak main permainan apa sekalipun. tidak salah asalkan ia tidak melalaikan.

betul atau tidak..sama-samalah kita fikirkan..kerana saya percaya kalian juga punya pendapat yang berbeza. ye.. memang benar. hakikat suatu benda yang dicipta. pasti dan pastinya ada baik dan buruknya. ia takkan lari dari semua itu. bezanya, ia terletak kepada kebijaksanaan kita semua dalam mengawalnya.

Kesimpulannya, jadilah orang yang bijak. jangan biarkan teknologi mengawal hidup kita. tetapi kitalah yang harus mengawalnya. agar ia tidak merosakkan kita semua..duhai sahabat..ingatlah satu perkara. teknologi akan membawa kebaikan yang banyak kepada kita andai kita menggunakannya dengan cara dan jalan yang betul.

Sekian
March 2010
M T W T F S S
« Feb   May »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

UmiAishah’s Comments