UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 20/02/2010

Ketenangan Hati Milikku Jua Akhirnya

Pena Penulis : NurShah

Syukur pada Ilahi atas nikmat2 yg trlalu byk dikecapi sehingga ke hari ini..dan sebesar2 kesyukuran juga saya panjatkan kepada Yang Maha Pencipta kerana kini sy sudah pun bergelar isteri..sungguh kurasakan ini merupakan rahmat yg plg besar dlm hidupku dan sy yakin semua wanita juga menginginkannya..moga Allah mengizinkannya buat kalian..amin..

dan xlupa juga salam buat semua sahabat2..sebelum saya memulakan entri pada hari ni..izinkan saya memulakannya dengan ungkapan maaf kerana terlalu lama menyepi..bukan kerana ketandusan idea tetapi kerana kesuntukan masa dan kesibukkan membuat persiapan untuk majlis perkahwinan saya..tempoh membuat persiapan sangat singkat memaksa saya meninggalkan ruang ilham ini buat seketika wak2…

Tidak dinafikan..sebenarnya banyak persoalan yang berlegar di fikiran semasa sy masih berstatuskan bujang..dilema2 ini tlalu banyak sehingga fikiran menjadi begi2 celaru sekali..dan ada jua terlintas difikiran sy..semua pasangan yg akn bkahwin akn dilanda dilema2 ini…?samada jawapannya ye atau tidak..terpulang kepada individu i2 sendiri..

TASTE or CITARASA

sebelum suami melamar sy menjadi isterinya..sy penah tertanya2..apakah taste sy utk memilih seorang suami…apakah ciri2 yg wajib ada..ye..setiap wanita pasti ada citerasa yg berbeza..bile persoalan ini ditanya kpd kebanyakkan wanita..pasti2 dan pasti nya jwpn yg diterima berjela2..beribu ciri2 yg perlu ada apatah lagi wanita yg terlalu cerewet dlm memilih pasangannya..sehinggakan ramai antara mereka yg lupa tentang unsur agama..ye..hanya agama yg mampu membahagiakan kita hingga akhir hayat..

bak kata pepatah ”cintakan bunga, bungakan layu..cintakan manusia, manusiakan mati..cintakan kecantikan, kecantikan kan pudar..cintakan harta, hartakan habis..tp andai cintakan agamanya, ia kan kekal abadi…”

sy jua bg2…punya ciri2 yg sy inginkan..tp alhamdlillah sy bukan lah sorg yg cerewet dlm memilih pasangan hidup..bg sy ciri2 yg utama yg perlu ada ialah pegangan agamanya..agar agama sy tjaga..rupa dan harta tidak penah sy fikirkan krn sy tau dan yakin ianya dari Allah..pd sy Allah tahu apa yg terbaik utk sy..kalaupun takdir sy dpt suami yg tidak termasuk dlm kategori ”hensem” pasti ada hikmahnya dan sy yakin Allah tahu apa yg terbaik utk sy..tetapi alhamdulillah..sebesar2 kesyukuran sy panjatkan kerana suami sy sorg imam di kg pandan dan sungguh Allah mengizinkan sy memiliki suami yg punya rupa yg tampan dan menyejukan mata yg memandang..sungguh sy brsyukur atas rahmatNYA…

MAJLIS PERKAHWINAN

Bila ditanya tentang majlis..terlalu byk dilema yg menggangu..majlis bagaimana yg kuinginkan..apatah lg ia berkait rapat dengan adat..mampukah sy ketepikan adat dan memilih syariat..akhirnya kami memutuskan utk membuat majlis yg ringkas dan lebih mengikut syariat berbanding adat..kami mengambil keputusan utk membuat majlis di masjid..tidak di dewan seperti kebanyakkan pasangan…timbul jgk perasaan tkut dihati bile memikirkan tentang penerimaan keluarga dan kawan2..tetapi syukur alhamdulillah ramai yg dapat menerima majlis kami dengan hati yg terbuka..malah sy gembira kerana ada kawan2 yg mahu mengikut langkah kami..syukur Alhamdulillah..

ye..bile dikatakan tentang adat dan syariat..ia menjadikan tajuk ni terlalu panjang utk dihuraikan..apatah lg ia bergantung kepada latar belakang didikan setiap individu..latar belakang keluarga juga memainkan peranan..insyallah sy akn huraikan pada entri akn datang..


MERTUA VS MENANTU

mertua vs menantu” sgt glamour dlm masyarakat melayu..sy juga tidak tlepas dari memikirkannya..apatah lg melihat cerita2 yg ditayangkan di televisyen dan cerita2 yg terdpt di majalah2..sungguh sy katakan terbit perasaan takut dihati sy..

tp apa yg mampu sy lakukan hanyalah berdoa pada ALLAH agar memberikan mertua yg baik pada sy..dan sekali lg sy panjatkan kesyukuran kepada Pencipta kerana mengabulkan doa sy..Allah mengizinkan sy memiliki mertua yg baik..sungguh ia melegakan hati sy yg selama ini gundah dan takut bile memikirkan tentang penerimaan mertua terhadapku..

SELAMAT DIIJABKABULKAN

Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada 14 Feb 2010 pada jam 11.30 pg..ye..sukar sy gambarkan perasaan sy tatkala mendengar suami melafazkan “aku terima nikahnya…” Ya ALLAH sungguh indah kalimah i2..seribu perasaan mengetuk pin2 hati hinggakan sebak kurasakan didada..airmata berlinangan bagaikan empangan yang mahu pecah..

Alhamdulillah akhirnya sy bertemu juga ketenangan hati yg xpernah sy alami selama ini..sekali lagi sy inginkan melafazkan kata syukur pada Ilahi kerana mengizinkan sy mengecap bahagia yg selama ini sy inginkan..dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke hujung hayat kami..amin

Sekian

February 2010
M T W T F S S
« Dec   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

UmiAishah’s Comments