UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: February 2010

separuh hati pada ATACE

by : NurShah

Bulan ini genap setahun saya bergelar guru dan genap jugalah setahun saya berkhidmat di Al-Amin Tahfiz Centre atau lebih dikenali dengan nama ATACE. Banyak kenangan pahit dan manis selama saya berada disitu. tak lupa juga cabaran dan dugaan. tetapi yang pastinya kenangan itu merupakan kenangan yang akan kekal abadi di sudut hati ini. dan tidak akan saya perolehi di mana-mana.

ramai yang bertanyakan soalan yang sama kepada saya. kenapa begitu sukar untuk saya melepaskan ATACE ini? mengapa tidak mencari kerja yang lebih stabil dari bekerja sambilan di ATACE? mengapa itu dan mengapa ini. aargh..terlalu banyak persoalan. tetapi jawapannya hanya satu. ye. saya sayangkan ATACE.

pasti dan pasti ramai sahabat2 yang bertanya. apakah istimewanya ATACE jika dibandingkan dengan tempat lain. sukar untuk saya senaraikan sebab-sebabnya kerana jawapannya hanya akan diperolehi dan dirasai oleh guru-guru yang pernah bekerja di ATACE sahaja. samada ye atau tidak.. bergantunglah kepada guru itu sendiri.

PERSEKITARAN

ye. salah satu sebab yang paling penting yang membuatkan saya sayangkan ATACE adalah persekitarannya yang begitu ‘islamik’. melihat anak2 yang comel dengan pakaian yang begitu sopan. tambahan pula dengan kelincahan dan 1001 ragam mereka. sudah cukup mengubat hati yang lara dan menghilangkan masalah2 yang bersarang di dada. walaupun hanya seketika. tapi sungguh hati saya cukup gembira dengan persekitaran sebegitu.

terbit juga satu hasrat di hati..andai saya dikurniakan anak kelak. akan saya didik seperti mereka. kehidupan yang berbeza dengan kanak-kanak lain. begitu juga dengan pergaulan, pemakaian, dan pertuturan. sungguh hati saya begitu tertarik.samada boleh percaya atau tidak dengan apa yang saya katakan. sahabat2 boleh melihat dan menilainya sendiri.

CABARAN YANG PERNAH DILALUI

seawal hari pertama saya mendaftarkan diri di ATACE. terlalu banyak cabaran yang telah saya lalui dan banyak juga rintangan yang menghalang.tetapi sungguh saya katakan. cabaran dan halangan itulah yang membuatkan saya semakin sayang akan ATACE. Insyaallah, cabaran2 itu akan saya ceritakan pada entri yang akan datang.

DILANDA DILEMA

Saya pernah dilanda dilema dan sungguh hati saya ketika itu berbelah bagi. ketika itu saya mendapat tawaran mengajar di Sek Ren Islam Al-Amin Gombak dengan gaji yang ditawarkan kepada saya sebanyak rm 1000++. manakala pendapatan saya di ATACE ketika itu sekitar RM 600-700 sebulan. mengikut jumlah jam mengajar dan satu jam di bayar RM 25.

Sungguh hati saya berbelah bagi pabila memikirkan tentang gaji. yela..ketika itu pendapatan yang ditawarkan lebih kukuh jika dibandingkan dengan ATACE. tetapi saya sayang nak tinggalkan anak2 murid saya. ketika itu, anak2 murid saya merupakan pelajar sek rendah dan baru mula menghafal. menuntut saya memberikan bimbingan dan perhatian yang lebih kepada mereka.

yang paling membimbangkan saya adalah saya khuatir mereka akan hilang minat untuk meneruskan hafazan akibat daripada keputusan saya. akhirnya saya mengambil keputusan untuk menolak tawaran itu. ramai juga yang mentertawakan saya dan tidak kurang juga yang membodohkan saya kerana menolak tawaran itu.

tetapi saya yakin akan keberkatan rezeki andai kita betul2 bekerja dengan hati yang ikhlas. berbanding dengan hanya memperolehi pendapatan yang lumayan tetapi tiada berkatnya. apatah lagi kepuasan kerja itu sendiri.

AKHIRNYA….

akhirnya setelah hampir setahun bekerja di ATACE dan menimba pelbagai ilmu. saya dinaikkan pangkat sebagai penyelaras ATACE. syukur alhamdulillah. dan kenaikkan pangkat tersebut telah menjadikan pendapatan saya melebihi pendapatan yang pernah ditawarkan kepada saya satu ketika dahulu..

baru kini saya sedari satu perkara. duhai sahabat2. bekerjalah dengan seikhlas hati dan yakinlah akan keadilan dan kebesaran Allah s.w.t. sesungguhnya Allah akan menilai setiap sumbangan yang telah kita sumbangkan. samada Allah berikan didunia dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji atau tidak..serahlah pada Allah. tugas kita hanyalah bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan amanah Allah pada kita.

Sekian

February 2010
M T W T F S S
« Dec   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

UmiAishah’s Comments