UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Daily Archives: 24/12/2009

ajaibnya jari ciptaan Allah

Saya sgt tertarik tatkala mata menari2 membaca dari kalimah ke kalimah..dan artikel ni membawa fikiran saya terbang memikirkan betapa hebatnya ciptaan Allah yg Maha Esa..dan saya titipkan dalam ruangan ini sekadar berkongsi maklumat dengan sahabat-sahabat..

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari kita yang lima ini..tidak akan Allah cipta sesuatu itu dengan sia-sia..maka, apakah hikmah disebalik penciptaan jari yang 5 ini..

  1. Peringatan kepada setiap hamba

Cuba sahabat-sahabat perhatikan perlahan-lahan, kemudian gengam la ia kuat-kuat dan angkat la ke atas dan laungkanlah Takbir..Justeru itu, ia melambangkan kekuatan dan ia melambangkan Rukun Islam yang mesti dijunjung walau dimana kita berada..

Kemudian Luruskan pula ia kehadapan dalam keadaan terbuka..Renung dalam-dalam..tidakkah ia melambangkan jumlah solat fardu kita..Lantas dengan wujudnya jari ini..membuatkan kita sentiasa berwaspada dan mengingatkan kita tentang kewajipan solat lima waktu agar tidak terabai..

  1. Perbandingan dengan putaran kehidupan

Lihatlah sahabat-sahabat..unikkan jari jemari kita..diciptakan ketinggian dan saiz setiap jemari kita tidak sama..kenapa tidak diciptakan sama semuanya??pernahkah kita terfikir..mari kita lihat bersama dan fikirlah tentang kekuasaan Allah..

Jari kelingking

Mari kita lihat pada jari yang paling kecil dahulu..justeru kerana ia antara jari yang paling kecil..kita sering memandang ‘enteng’ atau memandang rendah pada jari ini..jari ini dinamakan jari kelingking..seperti setiap kejadian di dunia ini..pasti akan bermula dengan perkara yang kecil..begitu juga dengan manusia..

Andai sahabat-sahabat selalu mendengar Ikim.fm pasti sering mendengar kata-kata ini di radio.. “dijadikan manusia dari setitis air yang tidak bererti..jatuh kebumi, ayam tak patuk, itik tak sudu,”

Selain itu, bak kata pepatah ” Melentur buluh biar dari rebungnya”. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di usia muda akan memberikan kesan yang sangat mendalam pada masa depan. Terutama sekali dari segi didikan agama..kerana tanpa didikan agama yang sempurna..anak-anak akan terumbang ambing mencari hala tuju hidup mereka..

Jari manis

Jari manis pula sering dikaitkan dengan usia remaja..setanding dengan namanya..manisnya seperti jari yang yang mulus ini, tambahan pula klau dititipkan sebentuk cincin yang bertatahkan berlian..pasti ckup menarik..usia remaja juga begitu..ia merupakan usia yang sangat manis dalam hayat kita..

Pada ketika ini..awas sahabat-sahabat..kerana diusia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan..hanya iman dan taqwa dapat menunjukkan jalan yang benar..dan di usia ini juga la segala amalan akan dipertanggungjawabkan keatasmu sepenuhnya..bersediakah kita sahabat-sahabat? tepuk dada tanyalah iman

Jari hantu

Jari hantu pula merupakan jari yang paling panjang jika dibandingkan dengan jari yang lain..kenapa? na..pastinye kerana di jari ini la ia akan menunjukkan kemuncak pada kehidupan kita..zaman remaja telah berlalu dan akhirnya usia pertengahan iaitu usia 30-an mengambil alih..

Diperingkat usia ini..seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh..ia merupakan lambang kejayaan dan kemuncak yang menentukan ke mana hala tuju hidup kita dihari tua..

Berhati-hati la sahabat-sahabat diusia ini..kerana kala ini akan datangla ‘hantu-hantu pengacau’ yang menggoda..hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu irihati dan segala macam jenis hantu lagi..Kalau gagal mengawal emosi lantas mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan batasan syariat dan iman..kita akan jatuh ke dalam lembah kebinasaan..

Jari telunjuk

Jari ini pula antara jari yang sering mengungkapkan keesaan Allah dari segi perbuatan..pabila kita solat..ia bangkit dengan gagah dan berani dalam tasyahud akhir..ia juga digunakan dalam menunjuk kalimah suci ketika mengaji..Ia juga menunjukkan ketegasan dan keberanian kerana kebiasaan kita akan menunjuk arah menggunakan jari ini..serta jari ini juga la yang sering digunakan kaum ibu sebagai simbolik terutamanya dalam memberi amaran dan peringatan kepada anak-anaknya..

Justeru itu, diusia ini (40-an), kita seharus nya menjadi contoh dan teladan serta hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru sebagai pembimbing yang kaya dengan idea yang bernas..

Ibu jari

Akhir sekali..jari yang paling pendek..dan saiz yang paling besar..ya..jari ini merupakan jari yang paling hodoh dan ‘jelik sekali’..kalau dalam Bahasa Indonesia..”jelik” itu adalah buruk sekali..kerana rupanya yang tidak setanding dengan kemulusan jari yang lain..ia dipandang hodoh dan buruk..

Sedarkah sahabat-sahabat..jari ini melambangkan usia yang sudah senja..dan lebih sesuai dilambangkan dengan orang tua..tahukah sahabat-sahabat..dengan adanya bantuan ibu jari..pasti semua kerja berjalan dengan lancar..begitu juga la dengan orang tau yang sering dipandang tidak berguna..sebenarnya..kita tidak akan berjaya tanpa bantuan mereka..dan sedarlah generasi baru..dengan bimbingan orang tua la anda akan selamat dunia dan akhirat..


Wah..betapa ajaibnya penciptaan Allah ini..selain kita hanya mengtahui hikmah nye..diharap ia akan dapat menambah iman kita..akhirul kalam..renunglah jari kita dan fikirlah sedalam-dalamnya..dimanakah kita sekarang..?bersiap sedia lah sahabat-sahabat kerana ajal menjemput kita tidak kira usia, dimana atau sudah bersediakah kita..ia tidak akan dapat dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat pabila ajal menjelang tiba..

Wsalam

Dari pena penulis

December 2009
M T W T F S S
« Aug   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

UmiAishah’s Comments