UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Monthly Archives: August 2009

kelebihan ramadhan yang kita rindukan

kenapa ramadhan sangat istimewa pada kita..sume umat islam sentiasa menantikan ketibaan ramadhan..tau kah sahabat-sahabat..bulan ramadhan mempunyai banyak kelebihannya..banyak hadith menceritakan tentang kelebihannya..antara kelebihannya yang saya baca di dalam buku fazilat bulan rejab syaaban dan ramadhan ialah :-

1. malam lailatul qodar
Lailatul qodar merupakan kelebihan yang terbesar yang terdapat di dalam bulan ramadhan..di mana malam pengampunan dan pahala serta rahmat dan darjat yang tertinggi bagi orang yang berjaga mandapatkan malam lailatul qodar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada allah, disamping sembahyang sunat, istiqfar, bertasbih dan berzikir sepanjang malam…betapa besar nya rahmat Allah untuk setiap hambanya..adakah kita akan menzalimi diri sendiri dengan membiarkan malam penuh berkat ini berlalu begitu saja..beramal lah sebanyak mungkin di sepuluh malam terakhir sahabat-sahabat..

2. bersedekah sebanyak-banyaknya
kita juga digalakkan untuk bersedekah sebanyak mungkin di dalam bulan ramadhan..sebagaimana yang terdapat didalam hadith yang bermaksud ” semulia-mulia sedekah ialah sedekah pada bulan ramadhan”…moga-moga dengan banyak bersedekah Allah akan menambah rezeki kita..jangan kita gusar akan kekurangan harta kita pabila banyak bersedekah..yakin la pada Allah..rezeki miliknya..dan Allah suka hambanya yang bersedekah..

bersedekah bukan sahaja akan menyucikan harta kita..tetapi dengan bersedekah juga akan memadamkan dosa-dosa kita..seperti mana di dalam hadith yang bermaksud ”puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan dan dosa seperti mana air memedamkan api..“lihat lah sahabat-sahabat betapa besarnya kelebihan bersedekah di dalam bulan ramadhan..jadi adakah kita akan melepaskan peluang keemasan ini..marilah sahabat-sahabat kita bersedekah sebanyak mungkin untuk mendapat redha Allah..
3. Segala perbuatan kita mendapat pahala
Sabda Nabi s.a.w : ”Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadahnya dilipatgandakan.“lihat lah sahabat-sahabat..setiap perkara yang kita lakukan dibulan ramdhan mendapat pahala dan keampunan Allah..betapa besarnya rahmat Allah..marilah sahabat-sahabat kita rebut peluang ini dengan sebaik mungkin dan penuh keikhlasan..amin..
4. ganjaran sembahyang di bulan ramadhan
Orang yang bersembahyang dibulan ramdhan dan Setiap satu sujud akan dikurniakan seribu tujuh ratus kebaikan, dan dibinakan sebuah rumah disyurga daripada permata. dan bagi orang yang berpuasa dan beribadat akan dikurniakan tujuh puluh ribu malaikat yang ditugaskan untuk meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai bagi di syurga..

5. kelebihan yang belum pernah diberi kepada umat sebelum umat Muhammad
Sabda Nabi saw :” diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a. bau mulut orang berpuasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah
b. Segala perbelanjaan da derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya
c. diampunkan dosa-dosa mereka pada malam lailatulqodar
d. digandakan amalan di bulan ramadhan kepada 10 hingga 700 kali ganda
e. dikurniakan nikmat ketika berbuka dan ketika menemui Allah di akhirat kelak.

sahabat-sahabat..kelebihan ramadhan sangat besar untuk hambaNYA..sesungguhnya DIA maha pengampun dan pemurah..sama-samalah kita mengejar redha Allah dengan beramal sebanyak mungkin..serta bersedekah lah untuk mendapat pengampunanNYA..ketibaan ramadhan semakin hampir..sudah siapkah persediaan mu wahai pendakwah islam..??tepuklah dada tanyalah iman..
August 2009
M T W T F S S
    Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

UmiAishah’s Comments