UmiAishah’s Bio

Seorang insan biasa yang mendambakan kasih TuhanNYA dalam setiap taklifan sebagai suri kepada Ahmad Syafiq Jusoh dan umi kepada Nurul Ain. Mendirikan rumahtangga pada 14 April 2010 dan bergelar umi pada 28 Ogos 2011. Sedang bermusafir mengutip mutiara ilmu bersama keluarga di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Bahasa Arab dan Kesusasteraan .

UmiAishah’s Friends

Menyemai Kembali

 

 

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Alhamdulillah wa syukrulillah umi panjangkan atas cinta dan kasihNYA pada kita semua saban hari. Hampir setahun laman ini ditinggalkan tanpa siraman dan coretan.  Bukan bermakna mahu menyepi atau tiada apa yang mahu dikongsi tetapi kekangan masa dan komitmen yang menjerat untuk terus menyemai benih kasih sayang buat adik-adik sekalian.

 

Insyallah minggu hadapan usia putri umi akan genap 15 bulan. Melihat perkembangan dan setiap keletah comel Nurul Ain saban hari sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan keletihan umi saban hari dalam mengharungi kesibukan jadual seharian umi. Bergelar umi, suri dan pelajar dalam satu masa bukanlah suatu perkara mudah yang perlu umi akui. Jadual harian perlu diatur secara sistematik agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana tanggungjawab itu amanah yang akan dipersoalkan kelak.

 

Umi sangat khuatir andai setiap tanggungjawab ini terabai kerana kelak dihari pembalasan kita semua akan ditanya akan amalan dan tanggungjwab yang digalaskan. Tanggungjawab yang tiga ini sahaja sudah cukup berat umi rasakan, belum dibicarakan lagi soal tanggungjawab yang sudah tergalas saat lahirnya kita semua didunia sebagai pendakwah dan khalifahNYA. Tidak hairanlah bahawa gunung-ganang pun tidak sanggup menggalasnya inikan pula insan kerdil yang lemah seperti kita. Sama-sama kita nilai dengan hati insyallah. Continue reading

September 2016
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

UmiAishah’s Comments